Thursday, 11 June 2015

4 Hari 3 Malam dari Kota Kinabalu ke Ranau- Part 2

Assalammualaikum w.b.t

4/6/2015

Malam tadi aku tido pukul 12 a.m sebab dah terbiasa tapi di Sabah, pukul 12 sunyi dia macam pukul 3 pagi. Subuh pukul 4.30 a.m wey, kalau kat semenanjung aku bangun subuh pukul 6.30 a.m kat sini matahari dah naik macam pukul 8 pagi. Kaum2 ibu dah terpekik terlolong kejut bangun sebab pukul 8 a.m tu kami akan bertolak ke Kundasang. Memandangkan cousins aku yang lain ada komitmen kerjaya, hanya abang Iju saja yang turut dalam makan angin kali ni. Tunggu punya tunggu, dari pukul 7 pagi sampai pukul 9 pagi batang hidung dia pun aku tak nampak. Rupanya, dia tunggu kawan dia a.k.a pemandu arah tapi orang tu tak datang pun akhirnya, kembali la si Iju keseorangan. Sebab mak aku jenis cerewet, kami bertolak dulu ke Pantai Likas tinggalkan Iju. Then 30 minit kemudia, Iju pun sampai dengan kereta racing, wira merah-hitam. Aku, cik wee dan Naqib menjadi penumpang terhormat dia. Yang lain naik kereta sewa Avanza. Sepanjang perjalanan tu aku tak lelapkan mata pun sebab nak tengok suasan flora dan fauna juga pembangunan sekitar. Laju jugak si jejaka berusia 26 tahun ni bawa kereta menuju ke banjaran!


Google's courtesy


Perjalanan ke Poring yang merentasi, Silau, Kundasang dan Ranau mengambil masa 2 jam. Memang jalan dia berliku macam nak naik Cameron Highland tapi tak selekoh dia tak setajam jalan Cameron tu dan lorong dia besar la jugak. Kami berhenti berehat di Kinabalu Park dengan bayaran rm3 satu kepala. Dalam tu ada Rafflesia tapi kitorang tak masuk lebih ke dalam sebab kejar masa. Semua orang mengisi perut masing dengan leftover-heated nasi ayam malam tadi. Aku tak makan sebab sibuk cari toilet dan air dia sejuk!


google's courtesy

Kami meneruskan perjalan ke Poring yang terletak dihujung merentasi Kundasang dan Ranau. Kaum ibu2 kalau dah nampak sayur-sayur segar, bunga dan buah-buahan tepi jalan tu sibuk suruh pull over. Membeli- belah la masing2 dengan segala macam buah dan kerepek. Aku tertarik dengan satu buah namanya Lemak Manis. Rasanya macam avokado tapi warnanya kuning nangka dan rasanya manis2 kelat. Kami berhenti solat di Masjid.

Di Poring, kami masuk ke Hot Spring dengan bayaran masuk RM 3. Kawasan mata air tu jauh sikit ke dalam hutan dan kena jalan kaki tapi kemudahan semua lengkap. Laluan pun cantik dan ada jambatan merentasi air sungai. Baba dan Pak We tak masuk sebab Pak We tak boleh jalan jauh sebab dia strok separa badan tapi dia gigih jugak layan kerenah aku nak ke sini. Mama cakap kitorang pernah ke sini 18 tahun lalu. Aku hanya ingat aku pernah mandi kolam air panas and abang aku pernah rebus telur ayam tapi I can't remember where. Baba cakap kawasan ni dah banyak berubah.



Next stop, kami ke Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd. Tempat ni merupakan kawasan penternakan Lembu Susu terletak di lembah menghijau yang terbentang luas. Tempat ni kau boleh feeling ala-ala New Zealand gitu. Banyak jugak pelancong locals and foreigners datang dan banyak jugak lembu hitam putih macam iklan Dutch Lady tu. Tempat ni ada beberapa aktiviti antaranya memerah susu dan beberapa lagi tapi itu saja yang aku ingat. Bayaran masuk dengan berkereta RM 5 per head. Nak beraktiviti ada bayaran lain dikenakan. Disebabkan kami datang pukul 4 so tak boleh beraktiviti sangat sebab dia tutup pukul 4.30. Lepas shopping susu plain and chocolate, kami bertolak balik ke KK. Supposely nak singgah ke tempat ikan kecik2 gigit kaki tu tapi tak sempat. 

Google's courtesy


Sepanjang perjalanan balik tu, laluan turun mula di tutupi kabus. Aku apa lagi, jakun sekejap bukak tingkap feeling nak pegang awan. Aku rasa kabus tu memang awan sebab dia moist ada water droplet and sejuk. Tiba pada satu spot ni, aku nampak puncak Gunung Kinabalu donkey ears tu so aku suruh Iju berhenti tepi jalan. Rezeki kitorang sebab Allah buka awan2 yang menutupi puncak tu nak bagi kami tengok. Memang jelas pemandangan tu dan cantik. Subhanaallah!!


My sis courtesy

Aku terlelap seketika sampai ke Silau dan aku cipta satu teori kenapa tempat ni di panggil Silau. Sepanjang perjalan turun, matahari memang sebaris dengan mata kau dan menyilaukan lalu akhirnya tempat ni dapat nama Silau. Selalunya matahari terbenam warna jingga tapi maybe sebab ada kabus tadi so ade la pembiasan- prism-matahari tu jadi warna putih.

Sampai di Kota Belut pukul 7.30 dan Iju bawa kami ke Restoran Steamboat tapi sebab warga emas ndak lalu makan jadi dia bawa kami ke restoran lain. Butterprawn dia perghh.. nyaman! Di sini, kita bulih pilih mau udang kopek atau berkulit. Sampai di homestay, mama suruh Iju bawa Pak Long tidur sini. Alang-alang Iju tidur sini, Naqib minta di bawa jenjalan sekitar KK. Dia pun on saja. Kami berempat, aku, Ala, Naqib dan Iju lepak sekejap di Tanjung Aru pukul 11pm. Pantainya tengah surut dan gelap, hanya diterangi lampu kedai2. Kami buka kasut dan jalan di gigi air sepanjang pantai yang bersih dan jernih sambil makan kacang rebus. 


Habis main pantai, kami ke bandar pula. Time sudah pukul 12am so semua premis perniagaan sudah tutup. Kami round2 lama la jugak, aku nampak ada bangunan mewah dan shopping mall. Kami singgah ke Kampung Air, Api-Api dan last stop di tempat tinjau kat atas bukit berdekatan dengan Padang Merdeka. Nampak la most of the cities at night with neon light. Then balik ke rumah pukul 1 pagi. 

Saturday, 6 June 2015

4 Hari 3 Malam Dari Kota Kinabalu ke Ranau- Part 1

Assalammualaikum w.b.t

3/6/2015 

Seminggu yang lepas, aku dapat khabar dari mama yang Mak Long aku dah meninggal. Seingat aku, arwah memang seorang yang menjaga kesihatan dan cergas. Selama 22 tahun aku hidup baru 3 kali aku jumpa arwah. Pak Long sekeluarga memang menetap di Putatan, Sabah dan kami kerabat yang lain memang asal semenanjung. Alang-alang aku tengah cuti seminggu and adik aku tengah cuti sekolah, tetiba mama ajak jenguk keluarga pak long di sana. Kami bertolak pada hari Rabu 3/6/2015 dan balik hari ni, Sabtu 6/6/2015.

First time jumpa keluarga Pak Long masa umur aku 4-5 tahun, 18 tahun yang lalu. Baba, Mama, abang dan aku, turun ke Miri-Labuan- Kota Kinabalu. Apa yang aku ingat kejadian 18 tahun yang lalu ialah, pengalaman menaiki pesawat ringan yang kecik, naik feri/bot di Labuan then aku mabuk laut muntah dalam bekas kotak Popcorn, menginap di rumah Pak Long yang belakang rumahnya adalah laut! Anak perempuan pak long dukung aku dekat belakang semata-mata nak pergi kedai depan rumah yang aku ingat ada banyak balang kaca besar mengandungi apa ntoh then mandi pantai dengan anak pak long yang seramai 8 orang  then kaki aku tertoreh terumbu karang. Auuchhh sakit gila wa cakap sama lu tambah pedih lagi bila kena air masin. Sepanjang aku membesar, ada la jugak anak pak long yang study di semenanjung tinggal dengan keluarga aku walaupun sekejap. Serious, aku ingat-ingat lupa pasal benda ni.

Kami turun ke Sabah bersama 2 keluarga yang lain, Pak We(pak cik ketiga) & Mak We dan Cik Wee(mak cik ke 6) & Naqib. Naik Mas Airline sebab time tu harga nya murah dari Air Asia. Sesampai di KKIA, Kak Yin, Abang Eeit, Kak Yin dan Abang Ipin(anak2 pak long) jemput kitorang dan terus ke rumah Pak Long. Rumah yang aku datang 18 tahun lalu sudah banyak berubah. Dulu tak banyak rumah di sekitarnya tapi sekarang sudah banyak. Dulu belakang rumah tu adalah laut tapi sekarang air dah surut so ade penempatan rumah lain di belakang rumah tu. Sampai je sana, anak pak long yang lain sambut, Abang Iju dan Memo plus Pak Long. Duduk berborak, minum2 then kami solat jemaah di Surau berdekatan then terus ke kubur Mak Long. Nak tahlil di situ tapi cuaca terik sangat sampai ada pokok yang terbakar. Kami terus ke bandar untuk makan tengah hari di Restoran Sri Keningau( restoran kenalan family kami). Mama belanja semua orang, mula2 aku ingat anak pak long ni sombong sebab tidak pernah nak turun semenanjung tapi aku silap menilai. Mula-mula tu janggal la antara kami cousin2 yang tak pernah berjumpa ni tapi lama-lama, bila aku rajin bertanya itu ini, diorang okay saja.

Lepas lunch, Kak yin terus bawa kami ke homestay. Ya Allah, rumah tu cantik tapi lokasi dia betul2 bawah laluan kapal terbang landing kau! Selang 5 minit ade jer kapal atas kepala kau. Kapal Air Asia la paling kuat bunyi nya. Tapi, bukan tugas aku nak jadi jakun tengok kapal terbang landing memanjang! Malam tu kami buat tahlil untuk arwah dekat homestay kitorang je. Most of anak2 pak long ada bersama family kecik masing2. Tak sangka aku, Memo yang muda setahun dari aku dah bertunang, cantik pulak tu tunang dia tu. Wife abang Eeit masak nasi ayam Hainan, wa cakap sama lu memang terbaik, nyaman! Kalah semua nasi ayam hainan yang pernah aku rasa di semenanjung. Antara kami cousins2 memang janggal nak bercakap tapi diorang okay je dengan kaum mak2 bapak2. 

Then tido la apa lagi. Qada' tido sebab flight pagi tadi pukul 6 pagi!


Friday, 1 May 2015

Sarcasm Is The Lowest Mean Of Wits #have some Consideration!

Hi and Assalammualaikum w.b.t

I’ve been living for 22 years and seen some kinds of people but not as many as those who lived at 50. People from all races in Malaysia and other countries; but this is one kind of person that I can’t stand the most. With her superior position right now, it is a privilege for her I can’t say a word about her on her face. Why? Because she's teaching and giving knowledges to me. It is a Malaysian culture and Islamic teaching to respect your ‘Gurus’. My interpretation of respect are:

1-   Never come to class after your Gurus.
2-   Never challenge his/her words.
3-   Never interrupt his/her teaching.
4-   Never oppose his/her judgement.
5-   Never question his/her.
6-   Never stand for your right when he/she hell mad at you.
7-   Never change what he/she stated even though it is affirmatively wrong.
8-   Never correct his/her
9-   Never reply when he/she’s been sarcastic.
10- Never to detest he/her.

I am broken inside. It is so hard being a student in this rigid system. I don’t want to be a ‘carbon-copy’ kind of graduate. I don’t want to be smart because I cramped the big-bulky books. I don’t want to just blindly follow a philosophy without knowing others.I don’t want to be an obedient follower and foolishly agree with what you saying without additional reading. I want to be an extraordinary person with a competitive advantages. A person with a unique and strong quality. I am not claiming to change the rule here, I want to break the rule and go beyond and be everything that a human being suppose to experience. It is okay to make mistakes so you can learn from it so that you are not tripping twice. Instead people nowadays, learn what is a ‘mistake’ then label it as a ‘mistake’ then avoid what you’ve been taught as a ‘mistake’.

Enough with what I want. Here is what I want from her; not what I want her to be:

1- I want her when I consult her regarding my course, she can objectively and kindly show me what I did is wrong and correct/guide me to a clearer path. Not sarcastically pointing out my wrongs and blame me for my mistakes and leave me hanging in cloud nine. Please correct me if I did wrong; don’t leave me hanging and see you for the next consultation and repeat the same mistake and then you can once again sarcastically put your SHOUTY words on my face. It is disgusting. I’m not digging the correct answer from your mouth because that would be your answer not my ‘answer’. I want at least you tell me some clues to my ‘answer’. Simple words, your expectation on how I’m going to answer.

2- I want her to respect us the student at least a little. I’m not expecting her to ‘pleasantly’ budging into our lives to show her interest and care. At least be considerate because as a student; our level of thinking and maturity are developing same goes to our knowledge. Don’t assume that our way of thinking would be a higher as you the Guru. If you want me to think as you do, kindly list out all your assumptions so that I can have a crystal clear clarification of your way thinking. Then our ‘thoughts’ are equal. I have doubt on that, if I think the way you think and I know as much as you know, then why should I be your student? Why don’t I be extra smarter than you then I become your Guru and you my student?

3- It is very disappointed when what you’ve working on; your report for example got big boldly red X. You done that because it was wrong, okay I can accept that, but explain to me why it is wrong and how should I make it right. Maybe you want me to show my effort. Hell yeah, I've been waiting for you for hours from my appointment. i've been stay up all night making sure my report would impress you. I've climbed the stairs to 7th floor just to be on time. Can you see at least a drop of my sweat? Can you see how many papers I've been used? How many trees been cut down because of that? Please explain, explain, explain, explain

P/s: It is my final semester and I want to graduate on time and I don't want to hate my Gurus and i've been emotional. Women got their senses! This writing is not meant to destroy anyone as it is just my small thought of having difficulties in understanding people. Still, I would always, truly, honestly respect my Gurus.

Saturday, 25 April 2015

Midterm Break Yang Busy

Assalammualaikum w.b.t

Apa yang 'busy' sangat ni? Nak cerita ni ha.. sepatutnya, aku buat revision, siapkan research bagai sem-break ni tapi dari hari jumaat last week aku sampai rumah sampai la sabtu hari ni, aku tak sempat capai buku pun. Dah la naik cuti ni midterm test week.

Apa je yang aku sibukkan ni sebenarnya? Actually, dalam minggu ni aku ada banyak appointments. Antaranya, appointment dengan Dermatologist, Gynaecologist, Perawat dari Darul Syifa', Tukang urut tradisional n SHOPPING.

Firstly, aku ada masalah dalaman. Yeah, setiap bulan seorang wanita akan datang bulan tapi tidak bagi aku. Sejak masuk semester baru, perioad aku tak datang dan muka aku naik jerawat. So aku pergi check Gynaecologist. Doctor scan perut aku cam ibu mengandung check baby dalam iklan Susu tu ha. Dia ada la tanya berat aku ade naik secara mendadak ke? Aku ni teramat stress ke? Supplement ape aku makan? Ada sakit2 ke kalau period? Semua jawapan aku adalah TIDAK! Pengakhirannya, aku dapat la ubat Norculat. Total semua RM75.

Lepas jumpa Gynaecologist, aku gi berurut plus ruqyah. Mak cik tu sangat peramah dan baik. Dekat seksyen 17 tu je ha. Tak rasa sakit pun bila dia urut. Selesa sampai tertidur kau. Tau2 je dah 3 jam dia urut. By the way, aku nak buat urutan sengkak tapi mak cik tu cakap peranakan aku bukannye jatuh pun. Jadi dia urut satu badan sampai ke kepala dan diruqyah kan. Mak cik tu la Perawat Darul Syifa' nye. So rawatan aku jadi 2 in 1. Aku hulur je RM100 sebab xtau nak bagi berapa.

Akhir sekali aku jumpa Dermatologist kat DEMC. Sebab, mama dan adik aku dah lama kenal doctor tu jadi aku pun selesa dengan dia walaupun first time jumpa. Tapi tu la setakat suruh aku toleh kanan kiri tunjuk pipi pastu tunjuk lengan, kaki, kulit dada dan belakang badan then cerita camne jerawat terjadi. Terus dia diagnos aku aku eczema and acne. Ubat dia bagi, sabun cetaphil, antibiotic Doxycline, Epiduo (Benzyl Paroxide), Eumovate. Pastu congak sana sini kena la RM250. Aku hantar kucing aku kene kurap and fungus tu gi Veterinarian dengan charge RM200 lagi berbaloi sebab vet tu siap amik sample kulit kucing aku skodeng bawah microscope pastu suluh badan diorang guna ultraviolet ray pastu inject ubat kurap, bubuh ubat kutu bagi Omega oil n Antibiotic segala. Vet tu sanggup pegang kurap beza ngan Dermatologist aku yang xnak sentuh kulit aku yang berjerawat bereczema katenya. Huihhhh.. Rapport tu kurang la.. Aku lagi confident dengan Vet kucing aku.

Overall, semua rawatan yang telah aku terima OK. Lepas ni, bagi sesiapa yang ada masalah kulit berjerawat tu, aku sarankan beli cetaphil dan Oxy benzyl peroxide tu sebagai alternative ubat dermatologist aku bagi ni. Harga kat pharmacy lagi murah dari hospital bagi. Kalau ada eczema tu, jangan la bagai Pelembut/Pewangi pakaian cam Downy dll. Ia akan trigger eczema korang. Aku sarankan pakai sabun unscented and moisturizing like Dove. Kalau boleh mandi la dengan Pine Tar solution untuk kurangkan eczema. Pakai la baju cotton dan stay in cool place.

Saturday, 4 April 2015

Ex-PEHPEH-tation

Assalammualaikum wahai pembaca yang rajin,

Dah tengok video Mat Lutfi yang terbaru? Tajuk dia sama dengan tajuk post kali ni.
EX-PEHPEH-TATION


Aku ada pengalaman la jugak pasal isu 'expectation' ni. Ya la, sebab nak jaga hati orang kan jadi aku buat la jugak apa yang diorang nak aku buat atau erti kata lain, buat apa yang diorang expect aku mampu buat.

Based on my experience, sekarang ni aku masih lagi study. Aku ambil course Bachelor Degree in Corporate Administration. Basically, course ni adalah preparation for professional certificate in Company Secretarial Practices. Apa beza Company Secretarial Practices ni dengan Secretary Office Management tu? Bezanya, bila aku dapat professional certificate ni, aku akan jadi Secretary kepada company bukan secretary kepada bos. Tapi, untuk jadi yang professional tu aku kene la apply for license. 

Nak di jadikan cerita, lepas aku SPM aku ni bukannya aware profession2 yang gempak2. Yang aku minat just bagi makan kucing, main dengan kucing, basuh berak kucing, sketching, drawing, colouring, painting, makan, tidur, makan, tidur. Yang isi kemasukan UPU tu pun mak cik aku, dia pun pilih la Foundation in Law. Pendapat aku langsung diorang tak mintak. Diorang expect aku memang tererrrr. So aku pergi buat Law kat UiTM Kuantan 2011. Lepas habis foundation, aku nak masuk degree ni. Lagi sekali, nak pilih course apa pun diorang yang decide. Pendapat aku haram tak mau dengar. Diorang expect aku boleh buat semua benda. Aku bukan la pelajar cemerlang yang tiap2 semester dekan dan aku pun belum pernah merasa gelaran tu. Kawan2 aku jer. Malu aku bak hang!! Tapi Alhamdulillah, sekarang ni pun dah semester last, pointer cgpa aku masih atas 3. Paper tak de yang sangkut. Kalau korang ingat course aku ni senang, course korang lagi susah, meh sini try la! 

Mane ni part expectation nye oi! Ok NOW, diorang plan lepas jer aku habis exam bulan 6/2015 ni, diorang EXPECT aku dah fly sambung MASTER DEGREE IN UNITED KINGDOM. Pendapat aku? Tak mampu den nak koba. HELLO, agak2 la nak suruh aku amik scholarship wey. Tengok qualification, aku tau memang aku lepas tapi percentage aku nak berjaya tu? Bukan nye aku bersaing dengan budak2 yang kurang bijak dari aku. Orang2 yang apply confirm lagi cemerlang dari aku. Nak sambung course ape? Aku tak nak berabis duit, tenaga, perah otak bagai kalau amik course yang orang EXPECT aku boleh buat. Aku nak sesuatu yang berbaloi lepas aku balik nanti. Aku nak ilmu yang aku boleh guna pakai membantu orang. Kalau ko amik medic, ko nak rawat orang kan? Ha macam tu la concept yang aku nak. Ni tak, diorang EXPECT aku fly takat nak cerita yang time raya ngan makcik kiah, jemah, kepoh tu yang aku belajar OVERSEA UK LAGI TU. 

Itu baru sikit bak hang, ni ha.. Diorang EXPECT aku masuk LONDON SCHOOLS OF ECONOMICS& POLITICAL SCIENCES. Bak hang unisti terbaek kat UK tu.

Aku sebenarnya dah penat penuhkan EXPECTATION diorang tu. Aku buat ni pun sebab nak please diorang. Aku try belajar dengan sungguh2 tapi korang sendiri nampakkan, aku takde sense of passion tu. Itu la sebab kenapa aku even tak pernah fail tapi aku jugak tak pernah jugak cemerlang. Korang ingat aku tak teringin ke nak dapat piala pelajar cemerlang tu? Graduate nanti dapat pakai selempang? 

Bila aku start speak out loud my self impression, diorang judge aku wey. Cakap aku tak respect diorang la. Diorang dah cari maklumat camne nak apply scholarship bagai tapi aku tetiba cakap:
" tak boleh ke I decide what I want to be, do with my own ability and effort. I want to be what I am able to be. No more begging, no more cries, no more letters. I just want to give a shot without any support and let fate speaks. Just this time, listen and let me decide."

Korang ingat bila aku cakap macam tu keputusan akan berubah? Tunggu la lepas bulan 6 nanti, aku post pasal ape pulak? Aku ni jenis yang ikut je la EXPECTATION orang, kalau itu memang rezeki aku, aku buat sebaik mungkin. Even benda tu memang bukan minat aku, tapi aku tetap buat yang terbaik. Demi apa? Demi senyuman diorang. Korang ingat, kalau aku tak buat semua diorang suruh tu, peluk cium kasih sayang semua bagai aku rasa ke? Diorang tu, kalau ko buat apa yang suruh baru la diorang nak suka kat kau, nak angkat ko lambung2. 

p/s: penulisan kali ini berlandaskan emosi semata-mata



















Monday, 23 March 2015

Adakah Aku Seorang Mementingkan Diri?

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua.

Utamakan Aku Dari Dia


Dia
Katanya membesar kurang kasih,
dari ibu ayah juga saudara.

Dia,
Laju langkahnya masuk ke Kota,
kenal ragam pelbagai gaya.

Dia, 
Patah hatinya acap kali,
kepada saudara dia pergi.

Dia,
Katanya perhatian yang dicari,
tapi kesempatan lain kau menggali.
Katanya serba kurang,
saudaramu tambah biar menghilang,

Dia,
Terasa kurang habis didomba,
tidak pernah syukur mendapat sedekah.

Dia,
Akal panjang tapi serupa budak,
tanpa malu sering minta dan bentak.
Pandai putar kalau tersekat,
Pasti lepas kalau terikat, 
tapi serik satu tiada detik.

Wahai Dia,
Faham la kau, ibu bapaku jarang ku jumpa,
keluar kota seawal subuh,
mejelang pulang tiada sentuh.
Aku anaknya membesar dalam payah,
Kerana kesenangan mereka inginkan,
mereka korban jiwa dan raga.
 Mengertilah Kau,
Meminta dengan rasa malu,
kudrat ada dengan tenaga,
meniti rezeki dengan sendiri,
bukan hanya meminta-minta.

Wahai Dia,
Perlukah aku berkorban kali ini?
Aku juga kurang kasih,
tidak mungkin aku kongsi,
kasih mereka yang baru kutemui.

Walau kita titis sedarah,
tapi Aku hasil mereka,
Dia hanya kaum keluarga,
mana mungkin sama utama.
Aku anak mereka,
Dia adik semata.

Mengertilah Dia berhenti jadi beban,
bagi peluang Aku merasa,
jangan Dia rasa tersaing,
Kerana Aku patut diutamakan.



#p/s: Aku mencipta puisi ini kerana hilang tempat mengadu, mengapa ibuku lebihkan kasih pada adiknya yang besar panjang berbanding aku? Kasih itu aku tahu tapi fikirkan aku terlebih dahulu. Dulu menjauh kenapa kini mahu menjauh lagi? Tiada kepentingankah aku?






Thursday, 26 February 2015

REVIEW: COLO-CLEANSE COSWAY SEMBELIT HILANG

Assalammualaikum,

Hari ni aku nak kongsi kisah aku mengambil colo-cleanse sebagai 'supplement'. Aku ingatkan sekali lagi, ubat herba ini bukan untuk kurus dengan cara melawas. Tapi ubat herba ini aku ambil sebab aku susah nak membuang. Kenapa susah nak membuang? Mungkin kolon aku kotor dan aku 'dehydrated' kurang minum air. 


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon


Sebab-musabab kena amik ORIYEN COLO-CLEANSE COSWAY:

Oriyen Colo-Cleanse adalah herba yang membersihkan kolon anda dan mengurangkan penyerapan kembali toksin-toksin dari sistem perkumuhan, melegakan sembelit, kembung perut dan menggalakkan pembuangan air besar. Ia melembut dan menbuang sisa terkumpul yang mengeras di dalam usus I

20307843
Oriyen Colo-Cleanse
(30 Capsules)

Kandungan dalam ORIYEN COLO-CLEANSE:
Aloe vera, apricot seed, Chinese foxglove, Chinese skullcap, dong quai, liquorice root, peach seed and rhubarb.

Aku ambil 2 biji sebelum tidur dan minum banyak air. 
Hari pertama, tak ada sakit perut rasa nak membuang di tengah malam tapi bangun dari tidur terus cari toilet. Pagi tu dekat office, ade la 3 kali aku membuang tapi bukan cirit ok. 

Masuk hari kedua, 'on the way' ke office, perut aku memulas tahap kau ciritbirit. Aku tak dapat nak tahan terus cari petrol pam. Amik kau, siap ketuk pintu suruh pengguna pertama cepat sikit. Ya aku cirit plus pedas sebab semalam aku balun bubur sup ayam dengan sambal 3 sudu, burger daging cheese dengan kentang dan dinner sikit asal amik hati mak aku masak makan malam.

Hari ketiga dan keempat, aku amik sebiji jer sebab tahi aku dah lembut senang nak membuang. Tapi masalah aku ni, bila sering sangat ke tandas, rectum aku senang luka so bleeding la jadi nya. Tambah lagi makan pedas amikkau kalah darah period.

Minggu kedua, kadang-kadang amik sebab rectum aku masih berdarah dan aku period. Takut pulak nanti aku low platelet sebab darah keluar depan belakang*sila baca dengan sopan* 

Secara konklusi, herba ini telah berjaya mengatasi masalah sembelit aku.

P/s: check part ingrediant, aku highlight merah dong quai. In syaa Allah next post aku cerita pasal herba ni pulak! Herba yang sangat baik untuk wanita.







Wednesday, 18 February 2015

Kesihatan: Perut Sihat Otak Cergas

Assalammualaikum,

Baru tergerak hati nak menulis kembali hari ini. Almaklumlah, sibuk ber'intership' dan bakal memegang skroll ijazah sarjana In Syaa Allah. Berada dalam tahun akhir bergelar pelajar universiti ni memang banyak dugaan, ada naik turunnya, pasang surutnya, dan gelombang geloranya. Ha! Memandai aku putar itu ayat.. Jujur aku memang tidak 'workout' sekerap tahun-tahun lalu tapi aku 'cut down' itu makanan yang berlemak. Sepanjang tempoh 'busy like a bee' tu, aku hanya makan nasi separuh, ikan dan sup sayur. Time tengah 'craving' aku belanja la lebih beli salad, mayo, cheese, roti dan tuna kemudian 'toast' kan mereka dan mammmm!! Selain tu kalau 'dinner pulak seminggu sekali aku pekene TomYum Cendawan dari Kedai Fitdau kat Rasah tu. Perghh kuah dia pedas, sedap, pekat, melekat tahap maha-siswa kawww kawwww!! Tu la salah satu 'port' bebudak UiTM Seremban. Dah kenapa aku cerita pasal makanan pulak ni?

Ok, berbalik kepada landasan semula. Bermula je 'first day of internship' muka aku dah naik bintik nakal aka jerawat bukan nak merawat! Kebetulan aku 'start' pakai SKII (pencuci+essance). Kulit tu memang makin lembut tapi dah nak masuk sebulan aku pakai muka aku tak secantik 'crystal clear' macam dalam iklan pun? Cis!!! Kebetulan yang kedua, sejak balik rumah cuti sem, aku dah kurang minum air dan makan. Kalau dulu dekat U, 3 liter aku mampu habiskan tapi naik cuti tapi masuk 'intern' ni sebotol kecik jer mampu aku telan. Kebetulan yang ketiga, Mama sejak nak pencen ni makin jarang masak, nak2 bila dia dan baba pergi cuti rehat ke Turki, memang tidak berasap la dapur tu. Aku dengan hilang nafsu makan memang tak masuk dapur, lebih utamakan tidur dari makan. Penat kerja, heavy-traffic lagi eerggghhh!! So apa jadi dengan muka aku ni? Jerawat itu tumbuh dengan subur, lalu kering dan meninggalkan bekas. Kurang ajar, aku punya la baik dengan dia tak usik pun tapi dia tinggalkan bekas pulak. Tempat tebaik pulak tu dia 'mark'. Dekat dagu dan pipi aku ni ha! Aku tau la aku hitam manis dan tembam, jangan la buat aku makin 'hodoh' naik sem ni..

Hakikat sebenar disebalik kejadian ini mungkin salah aku sendiri. Pertama, kurang minum air. Kedua, kurang makan, kurang la zat dan serat. Ketiga, kurang buang air 'no. 2'. Rasanya dengan tidak bersenam ditambah lagi dengan amalan diet yang tak sihat, bertoksik la badan aku ni. Tu la sebab walaupun jarang makan tapi berat aku susah turun *angguk-angguk sendiri tanda setuju*.

Jadi apa penyelesaian yang aku ambil?
Pertama- minum air paling kurang 3 liter.
Kedua-makan banyak serat
Ketiga-makan Colo-cleanse dari Cosway
Keempat-banyakkan berjalan
Colo cleanse Cosway








Thursday, 27 February 2014

Super Jimat DIY Beauty : Whitening Scrub with Orange Peels* Rahsia Artis Korea



Assalammualaikum to uolls my readers,





Ok, berapa ramai di luar sana yang rajin 'scrub' muka? Penting ke nak scrub muka ni? Ya, memang penting. Kalau uolls dah tahu, meng-'scrub' muka ni adalah cara untuk menanggalkan daki, kotoran, minyak, makeup yang tersumbat dekat liang roma we-olls ni. Tapi bukan buat tiap-tiap hari ya. Buat 3-4 kali seminggu cukup la itupun buat time mandi before tidur tu. Ya la kalau buat time mandi pagi tu 'ketat' la muka uolls nanti sebab kekeringan. Dah la nanti uolls tu ber-'aircond' pastu berpanas lagi, tu yang buat muka uolls pedih time berpeluh.

So iolls nak bagi satu resepi terbaru untuk mengekalkan kulit yang lembab dan putih dari hari ke hari.
Hanya memerlukan kulit orange. Kalau uolls dah tahu, orange mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. So, bila kita makan orange, jangan la buang kulitnya. Uolls boleh keringkan kulitnya dan kisar halus jadikan scrub muka.

Bahan kedua yang uolls perlukan adalah gula. Biji-biji gula tu membantu dalam proses menyental kotoran. Dan ia mampu mengekalkan kelembapan kulit. Gula yang terbaik dalam resepi ni adalah gula hitam ataupun uolls boleh pakai gula melaka. Tekstur yang halus tidak akan mencederakan kulit muka uolls tu.


Resepi 'scrub' muka:
1 biji orange
1 sudu gula
air

1- kupas dan keringkan kulit orange ditempat yang panas.
2- kisar halus kulit orange tersebut.
3- campurkan gula, serbuk orange dan air sehingga menjadi 'paste'.
4- 'scrub' sedia untuk digunakan.


Kalau uolls malas nak scrub muka, rajin-rajinkan lah diri untuk pakai mask.

Resepi untuk 'musker' muka:
1 sudu madu
1 sudu yogurt
2 sudu serbuk orange

1-campurkan kesemua bahan dan jadikan 'paste'.
2- pakai selama 15-30 minit dan bilas dengan air suam dan bilas dengan air ais.






Sunday, 6 October 2013

Super Jimat DIY Beauty: Kurangkan Rambut Gugurmu secara Semulajadi

Assalammualikum uolls,

Kali ni iolls nak share satu lagi tips kecantikan dengan uolls semua. Tak kisah la perempuan ke hatta lelaki sekali pun, semua boleh amalkan petua ini. Iolls percaya rata-rata kita ni mengalami masalah rambut gugur, tak kira la sikit ke banyak ke kronik. Perempuan terutamanya, kalau yang berambut panjang tu time menyikat ada jer rambut bersepah di lantai.

Dari iolls punya kisah peribadi la kan, iolls kan student kan, iolls dapat tinggal dalam kolej kediaman kan. Iolls tinggal berempat satu bilik and rata-rata roommates iolls semua berambut panjang. Kalau dah pompuan, habis mandi mensti nak tepek bedak, sembor perfume dan sikat rambut kan. Jadi tugas xrasmi iolls adalah menyapu bilik setiap masa sebab ada jer helaian rambut di lantai. Naik menyampah iolls, walaupun rambut iolls tergolong sekali ngan rambut diorang. Persoalan yang besar di sini adalah, bagaimana untuk mengurangkan masalah keguguran rambut secara semulajadi?

Iolls petua ni di sini http://beautytips4her.com/how-to-reduce-hair-fall-grow-and-get-shiny-hair-naturally/. Iolls memang rajin baca info kat web dia ni. Tapi dia tulis in English and some words that she used quite bombastic and I'm afraid some of the readers might not get what she's wrote. So iolls dengan xde modalnya telah translate dalam kisah dan cerita iolls sendiri.

Uolls pernah makan kat kedai mamak kan? Mesti uolls tahu apa itu biji halba. Biji halba banyak digunakan dalam masakan mamak mahupun indian. Iolls pernah makan indian cuisine fresh dari air tangan mamaji kawan iolls ok! Biji halba memang sangat berkesan pada rambut yang kering, kandungan protein dan lendir yang tinggi. Ia melembut rambut yang panjang lagi kusam. Biji halba atau nama lainnya Fenugreek/methi seeds terang-tang-tang berkesan untuk rambut gugur, dandruff, kebotakan, rambut nipis dan menambah susu bg ibu mengandung.



****************** ***  aku tahu korang skip part atas tu kan  ****************************

Apa yang uolls perlukan adalah:
2 sudu makan biji halba
1 sudu makan minyak kelapa
2 cawan air

Cara-caranya:
1- campurkan air beserta biji halba dan rebus selama 10 minit. Biarkan semalaman.
2- keesokan harinya, pakai blender lalu kisar biji halba sehingga menjadi creamy and nice paste consistency. Boleh tambah sedikit air kalau terlalu pekat.
3- campurkan paste + minyak kelapa
4- transfer ke dalam bekas

Aturan penggunaar:
1- Dengan  rambut yang lembab, lumurkan paste pada rambut dari akar hingga ke hujung rambut.
2-biarkan selama 20-35 minit lalu balut kepala ngan plastik/cap.
3-Bilas la dengan air + shampoo, xkan nak biar lama2 kot!
















Thursday, 26 September 2013

Super Jimat DIY beauty:Jom Kurus dengan Apple Cider Vinegar dan Garlic

Hi and Assalammualaikum,

Iolls sangat gembira untuk berkongsi tips kesihatan/kecantikan seterusnya dengan uolls . Uolls pernah dengar Apple Cider Vinegar? Apa benda ni? Apple cider vinegar adalah cuka yang dibuat berasaskan buah epal. Selalunya orang guna dalam masakan. Warna coklat keperangan serta bau yang sangat masam apatah lagi rasanya kan.

Iolls jumpa tips ni masa belek2 YouTube. Iolls tengok video seorang model yang berusia 40-an. Seriously badan dia maintain cantik and kulit dia bersih tanpa kedutan yang ketara. bak kata orang putih "very natural beauty skin deep"

Dia kata, one of kawan dia amalkan petua ini dan turun 15kg*klu x silap*. Petua ni dia amalkan tiap2 hari dan apa yang penting, sistem pencernaan dia lancar and badan dia rasa ringan sebab toksin dah terkumuh keluar.

Cepat la apa petua dia???* aku tau korang akan skip terus cari petua tu kan*

1sudu makan Apple cider vinegar
1 gelas air putih/jarang/kosong/mineral
1 kapsul ekstrak bawang putih.

-campurkan air dengan apple cider vinegar tu dan telan capsule bawang putih tu after makan.

tak kisah la jenama apa ACV yang korang beli tapi yang elok raw and unfiltered la like this one. Iolls beli kat Giant dengan harga RM12++*xingat la*



credit to Google


Iolls cari pil bawang putih seluruh drugstore tapi xjumpa so iolls beli jer ni kat Cosway dengan harga RM30++*xingat la*


garlic extract dari Cosway

P/s: iolls amalkan selama satu bulan and iolls amalkan after lunch and dinner and iolls dah turun 5kg. Petua ni membantu korang buang air besar and satu effort untuk kurus kepada yang malas nak jogging tu. Tapi iolls sambil amalkan petua ni iolls bersukan. So, kita kena la keluarkan peluh kalau nak badan cantik.
Give me feedback ya..

~salut~


Hidung Mancung dengan Yoga

Assalammualaikum uolls,

Maaf la baru sekarang kita nak updates blog ni tapi percaya la yang kita ada banyak benda nak kongsi dengan semua pembaca. Pasal tips kecantikan, DIY things, produk review and many more.

Let's start with our issue as stated above,
Kita tahu rata-rata orang asia memiliki hidung yang tak berapa mancung(pointed) like 'Mat Salleh'. Macam kes iolls, bila ambil gambar antara kengkawan and cousins and family, I will like What The......

And Iolls pun start belek2 album tok nek moyang zaman dulu-dulu and investigate hidung sapa yang 'kembang' tu. At the end of the day terungkai la segalanya, aku ni keturunan Jawa and le me proud of it. No offence la, bukan nak kutuk ke apa ea tapi nak share emosi.

Seriously iolls segan nak senyum sebab tak nak nampak hidung aku makin kembang tapi lama-lama iolls accept the fact even hidung penyanyi tanah air kita yg sedang menerpa nama di bumi USA tu pun xla mancung sangat tp dia confident jer and I was like Iolls should be thankful coz Iolls boleh sedot banyak oksigen dari orang yang hidung xberapa nak besar tu..

Uolls pernah nampak produk ni x?
google
Iolls yang tengah sengal2 ubi atas desakan emosi kerna hidung tak tinggi pun membeli benda alah ni. Tapi at that time iolls beli dengan harga RM30!!! Giler mahal and I was like -..-"
Yang iolls roger sekarang harga dia RM8 jer and once again I was like -..-"
Iolls dengan penuh bangganya memakai benda ini pagi petang siang malam isnin selasa rabu khamis jumaat sabtu dan ahad atas desakan emosi yang kurang stabil. At the end of the story, HIDUNG aku tak mancung pun!! Tinggal bekas kena kepit ada la!!! Ini tidak adil..tidak adil..bagi ku..

Lepas jer rasa tertipu, iolls pun bertaubat la. Kembali bersyukur atas nikmat Allah yang penuh keistimewaan ini. Tetapi, pada suatu hari, mak cik iolls ajar urut untuk naikkan hidung. Dia buat pada baby dia yang super duper comel tu. Iolls pun ikut la tapi iolls rasa renyah. 

Iolls xputus asa and iolls buat research. Nak jugak tengok kajian dan testimoni kan. Iolls jumpa satu tips kecantikan masyarakat jepun*kita sama2 asia ok n hidung kita pun lebih kurang jer*. Dia kata, makin kita meningkat usia, hidung kita pun akan meningkat saiz 1.5 X ganda. So diorang pun mengamalkan teknik traditional gabungan yoga lalu terhasil la video ini.



check this out too:

Iolls amalkan bila iolls teringat jer tapi iolls put some effort jugak kan!!
So, kepada pembaca yang budiman, sila la cuba dan tengok keberkesanannya..
Give me feedback 
~Salut~

Saturday, 18 May 2013

Mengapa Saya Kurang Membaca? #edisi Novel Melayu

Hi dan Assalammualaikum semua,

Saya yakin rata-rata pembaca semua memang suka membaca dan ianya merupakan satu hobi yang bermanfaat. Sesetengah orang suka akan buku-buku ilmiah, novel, majalah mahupun helaian akhbar. Berbalik kepada topik saya di atas, mengapa saya tidak suka membaca? Saya akan mengecilkan skop saya kepada pembacaan novel melayu. Persoalannya di sini, mengapa saya tidak suka membaca novel melayu?

Sebelum itu, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun sekira pendapat saya ini mengguris mana-mana penulis. Niat di hati bukan unutk mencabar kredibiliti penulisan orang lain. Saya tahu bidang penulisan bukan satu bidang yang remeh tetapi ianya satu bidang yang sangat mencabar kerana dari penulisan lah orang ramai diisi dadanya dengan ilmu dan informasi. Saya yakin, bukan semua pengarang mempunyai 'style' penulisan seperti yang saya gembar-gemburkan di bawah. Maaf sekali lagi saya ucapkan.

Berbalik kepada topik asal, ada beberapa sebab mengapa saya tidak gemar akan novel melayu:

1- Terlampau berimaginasi. Contohnya, sikit2 nak cerita pasal anak orang kaya, anak billionaire, anak datuk/tan sri/wakil rakyat. Si heroine bertemu dengan hero yang ala2 prince charming. Memang syok habis melayan plot2 romantik, 'sweet' dan owww ini. Tetapi, mungkinkah mereka ini bergaul dengan orang kebanyakan? Kalau ini satu kebetulan, mungkin kebarangkaliannya 1:1000000. Macam terbang ke dunia khayalan pulak.

2- Realistik ke? Contohnya, asal anak orang kaya jer nak kaitkan dengan arak, seks, perbuatan yang sembrono tetapi adakah benar anak2 orang kaya di luar sana berperangai  seperti ini? Saya yakin ada segelintir yang baik kehidupan peribadinya. Agama masih menjadi pegangan. Contoh lain, perempua akan jadi orang miskin/biasa saja, tak pun dipaksa menjadi kupu2 malam.

3- Rogol dan terlanjur sudah menjadi norma? Kalau nak kahwin dengan anak orang kaya mesti terlanjur dulu agaknya. Idea2 yang kurang elok ini mampu mempengaruhi si pembaca terutamanya mereka yang baru hendak mengenal dunia seperti puteri-puteri sekolah menengah. Fikiran mereka baru nak mengembang. Jangan la kita membantu mereka menuju ke arah yang tidak elok.

Maksud saya di sini bukan lah penulis-penulis di luar sana harus menulis pasal agama, budi pekerti atau apa2 yang seumpama dengannya. Tetapi hasilkan lah penulisan yang mampu mengembangkan minda dan skop fikiran si pembaca. Mungkin ada yang merasa saya cuba menidakkan kebenaran realiti kehidupan, seperti kes pencabulan, arak sudah menjadi minuman harian, duit/pangkat/darjat punca manusia menjadi bongkak. Ya, saya akui memang semua ini terjadi dalam kehidupan tetapi jangan jadikan novel, medium bacaan yang paling dekat dengan seorang individu menjadi saluran untuk pembaca tahu mengenai semua input ini. Terlampau banyak kisah dongeng mampu membantutkan pemikiran.

Itu sahaja dari saya, terima kasih..

Friday, 3 May 2013

Super Jimat DIY beauty: Susu tepung dan Kulit Berseri

Hi and Asslammualaikum,

Kita semua sedia maklum yang Cleopatra*sape xtau g google* terkenal dengan kecantikan kulitnya. Rahsia beliau adalah berendam di dalam mandian susu segar setiap pagi. Susu mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penanggal kulit mati hingga ke lapisan kulit yang paling dalam semasa kita mencuci muka dengannya.

Sebelum ini, saya memang tidak faham langsung apa hubung kait susu dan kecantikan sehinggalah saya mencuci muka dengan Milk cleasing*saya guna Cosme Decorte dan saya dapati wajah saya mejadi lembut selepas menggunakannya. Saya juga dapati yang kulit saya semakin berseri dan liang2 pori yang besar semakin mengecil.

Oleh kerana prihatin dengan semua wanita di Malaysia, saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan wajah berseri dengan susu. Anda hanya perlukan susu tepung dan air suam. Ya, hanya dua bahan ini sahaja. Saya guna susu tepung Nestle Omega plus sebab alang2 dah minum susu tu, guna jer la buat mask. Guna la apa2 jenis susu tepung, even susu tepung anak/adik pun OK!




credit to google


Cara:
1- ambil satu sudu kecil susu tepung dan campurkan dengan beberapa titisan air suam. Jadikan ia sebagai paste.
2- sapukan keseluruh wajah dan biarkan selama 15-20 minit.
3- tanggalkan mask dengan tuala lembab dan bilas wajah dengan air sejuk.

Selamat mencuba

2 Weeks Bare-face Challenge

Hi and Assalammualaikum,

This is another step to be beautiful. I believe that women in this world would put up some makeup on their face, either in dramatic or in natural mode. Some may use lots of product and some may use just lipbalm. For me, normally I will use foundation/BB cream, pressed powder/loose powder, brow&eyeliner, blusher, lipstick, mascara, eyeshadow and many more. I keep putting these every single day no break at all. Then I realized my skin look so terrible after I remove the makeup. How bad I am letting my skin drowning in makeup not even have chance to rejuvenate.

Now it's time for me give my skin a new life to breath and feel the air. In two weeks time, I will not touch any makeup not even do my eyebrows not even concealer just UV cream n lipbalm.

credit to google pic


Day 1: Above picture is what I was looked like. Tired eyes, dried and oily skin, puffy eyes and no radiant plus ashamed.
Day 2: My skin just looked the same but I started drink mineral water A LOT.
Day 3: I noticed when I wake up in the morning, my oily faced a little bit reduced
Day 4: Since I consumed lots of water, I sweat n urinate a lot. It was so easy to swipe my face without worrying my makeup would smudging.*coz I didn't wear any 
Day 5: I started to gain confident going to lecture class without makeup and ate healthy stuff*no junk-food/fast-food/oily food.
Day 6: In the  morning, I touched my face and it super clean like baby skin.
Day 7-14: so far so good and my skin recovered quite impressive. No pimples, moisturized, super cleaned and well rested
credit to google pic


here is video that help me to finish till the end line.
http://www.youtube.com/watch?v=LPzzkMLTAxA



Monday, 14 January 2013

I WANT TO BE BEAUTIFUL

Assalammualaikum n Hi everyone,

      Have u ever read fairytale stories? Like Cinderella, Snow White, Beauty n The Beast, Red Riding Hood, Little Mermaid and many more. Most of the heroins here had faced so many challenges to be united with their loved one. And in the mean time, they also preparing themselves till the time comes. They get dress up nicely, make up flawlessly, live happily and pampered themselves.

      As a muslim, I don't want to get dress just to meet 'him' but i want to get dress, fit and beautiful coz Allah. So, if I want to change my appearance because of Allah, I need to put on make up moderately, dress up according to sunnah, keep my body fit, open my mind, think positively and redha in everything.


     Here is the real topic for this entry, I have 365 days to be a better muslimah. A better muslimah, well ibadah, communication, dress up, make up and everything. I'm not changing myself to show off. I'm doing this because I want to be BEAUTIFUL in Allah's eyes. It would be better I'm chasing his blessing and love rather that chasing man's love. I never say, i will reject men that walk in into my life but let me prepared myself to meet Allah.

    Let this 365 days journey or I said 'mission' to be my booster if I'm started to give up. And I hope one day this can be an inspiration to any one who ever feel her live as miserable as me. In syaa Allah, in my upcoming post, i'll share everything about my lifestyle, dress, make up, fitness, and do'a. Everything is based on Islamic teaching and sunnah

    Here now, I now shall start the 365 days Journey to get Allah's love. 16/1/2013
In syaa Allah n pray for me

Dual Feeling

this is one of my 'piece'

Thursday, 20 December 2012

Lonely Heart Always Fight

Assalammualaikum and hye peeps,

Do u have friends?
Do u have a close friend?
Do u have boyfriend?
Does your close friend have boyfriend?
Well mine, Yes she has
and
No, no I'm don't.

I love my friend so much
because 
we are sisters
and sisters never hurt each other
BUT
when she talking in the phone 
with HIM
I
become Jealous, annoyed, irritated
Why?
Because I'm a loner

Even I'm jealous
I never put it on my face
because
Sister never hurt
I'm happy she has someone
who
love her
appreciate her
remember her
well 
me, I'm just a fighter
Fight
with my two contradict thoughts

Fighter-sister never hurt

Thursday, 6 December 2012

How to lighten up your knees, underarms and body effectively?


Assalammualaikum n what'dup uolls..

Lately I'm facing one big problem n it is quite embarrassing to share in public. But i'm pretty sure u already foresee what i'm talking about based on the post title above. It's i s undeniable that when u shaving a lot and it's darkening ur underarms right. Some says that it is the effect from wearing a deodorant n some says that it resulted from spraying ur perfume n some says whatever..It's a matter of fact and i believe there's somebody facing the same prob as me out there. Before this, i've been trying so many thing and experimenting my underarms with many stupid stuffs n remedies..LOL. If u ever heard that lemon, honey or even turmeric can get rid the darkening underarms, trust me they didn't work effectively. I don't know what to do.. :'( 









I'm not being born with silver spoon in mouth so i need something less cost of money but has good quality as promised. For instance, a whitening product that assure u it can whiten any darkening parts on ur body as fast as in 7 days.

FANTASIA™ whitening body mask (vitamin c) n FANTASIA™ double whitening body mask.

whitens your desired area in just 7 days!


after/before

clinical proven! cream base.. no peeling n no pain 

Apply to your desired area and leave about 15 minutes
then rinse off with water



HALAL and GMP APPROVED
ingredients: aqua,palm oil, glycerol, white oil,vaseline,tacl powder,boron nitride,kathon,pheoxyethanol and methylisothiazolinone,collagen,pearl powder, avocade oil, oliver oil,milk extract, vitamin C.

comes with friendly packaging
Small pack:  ( 40 gram)

Normal Pack :  (100 gram)
Quad pack (200 gram)
Large Pack: (500 gram) 











 this are testimony from satisfied custome