Saturday, 4 April 2015

Ex-PEHPEH-tation

Assalammualaikum wahai pembaca yang rajin,

Dah tengok video Mat Lutfi yang terbaru? Tajuk dia sama dengan tajuk post kali ni.
EX-PEHPEH-TATION


Aku ada pengalaman la jugak pasal isu 'expectation' ni. Ya la, sebab nak jaga hati orang kan jadi aku buat la jugak apa yang diorang nak aku buat atau erti kata lain, buat apa yang diorang expect aku mampu buat.

Based on my experience, sekarang ni aku masih lagi study. Aku ambil course Bachelor Degree in Corporate Administration. Basically, course ni adalah preparation for professional certificate in Company Secretarial Practices. Apa beza Company Secretarial Practices ni dengan Secretary Office Management tu? Bezanya, bila aku dapat professional certificate ni, aku akan jadi Secretary kepada company bukan secretary kepada bos. Tapi, untuk jadi yang professional tu aku kene la apply for license. 

Nak di jadikan cerita, lepas aku SPM aku ni bukannya aware profession2 yang gempak2. Yang aku minat just bagi makan kucing, main dengan kucing, basuh berak kucing, sketching, drawing, colouring, painting, makan, tidur, makan, tidur. Yang isi kemasukan UPU tu pun mak cik aku, dia pun pilih la Foundation in Law. Pendapat aku langsung diorang tak mintak. Diorang expect aku memang tererrrr. So aku pergi buat Law kat UiTM Kuantan 2011. Lepas habis foundation, aku nak masuk degree ni. Lagi sekali, nak pilih course apa pun diorang yang decide. Pendapat aku haram tak mau dengar. Diorang expect aku boleh buat semua benda. Aku bukan la pelajar cemerlang yang tiap2 semester dekan dan aku pun belum pernah merasa gelaran tu. Kawan2 aku jer. Malu aku bak hang!! Tapi Alhamdulillah, sekarang ni pun dah semester last, pointer cgpa aku masih atas 3. Paper tak de yang sangkut. Kalau korang ingat course aku ni senang, course korang lagi susah, meh sini try la! 

Mane ni part expectation nye oi! Ok NOW, diorang plan lepas jer aku habis exam bulan 6/2015 ni, diorang EXPECT aku dah fly sambung MASTER DEGREE IN UNITED KINGDOM. Pendapat aku? Tak mampu den nak koba. HELLO, agak2 la nak suruh aku amik scholarship wey. Tengok qualification, aku tau memang aku lepas tapi percentage aku nak berjaya tu? Bukan nye aku bersaing dengan budak2 yang kurang bijak dari aku. Orang2 yang apply confirm lagi cemerlang dari aku. Nak sambung course ape? Aku tak nak berabis duit, tenaga, perah otak bagai kalau amik course yang orang EXPECT aku boleh buat. Aku nak sesuatu yang berbaloi lepas aku balik nanti. Aku nak ilmu yang aku boleh guna pakai membantu orang. Kalau ko amik medic, ko nak rawat orang kan? Ha macam tu la concept yang aku nak. Ni tak, diorang EXPECT aku fly takat nak cerita yang time raya ngan makcik kiah, jemah, kepoh tu yang aku belajar OVERSEA UK LAGI TU. 

Itu baru sikit bak hang, ni ha.. Diorang EXPECT aku masuk LONDON SCHOOLS OF ECONOMICS& POLITICAL SCIENCES. Bak hang unisti terbaek kat UK tu.

Aku sebenarnya dah penat penuhkan EXPECTATION diorang tu. Aku buat ni pun sebab nak please diorang. Aku try belajar dengan sungguh2 tapi korang sendiri nampakkan, aku takde sense of passion tu. Itu la sebab kenapa aku even tak pernah fail tapi aku jugak tak pernah jugak cemerlang. Korang ingat aku tak teringin ke nak dapat piala pelajar cemerlang tu? Graduate nanti dapat pakai selempang? 

Bila aku start speak out loud my self impression, diorang judge aku wey. Cakap aku tak respect diorang la. Diorang dah cari maklumat camne nak apply scholarship bagai tapi aku tetiba cakap:
" tak boleh ke I decide what I want to be, do with my own ability and effort. I want to be what I am able to be. No more begging, no more cries, no more letters. I just want to give a shot without any support and let fate speaks. Just this time, listen and let me decide."

Korang ingat bila aku cakap macam tu keputusan akan berubah? Tunggu la lepas bulan 6 nanti, aku post pasal ape pulak? Aku ni jenis yang ikut je la EXPECTATION orang, kalau itu memang rezeki aku, aku buat sebaik mungkin. Even benda tu memang bukan minat aku, tapi aku tetap buat yang terbaik. Demi apa? Demi senyuman diorang. Korang ingat, kalau aku tak buat semua diorang suruh tu, peluk cium kasih sayang semua bagai aku rasa ke? Diorang tu, kalau ko buat apa yang suruh baru la diorang nak suka kat kau, nak angkat ko lambung2. 

p/s: penulisan kali ini berlandaskan emosi semata-mata



















No comments:

Post a Comment