Monday 23 March 2015

Adakah Aku Seorang Mementingkan Diri?

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua.

Utamakan Aku Dari Dia


Dia
Katanya membesar kurang kasih,
dari ibu ayah juga saudara.

Dia,
Laju langkahnya masuk ke Kota,
kenal ragam pelbagai gaya.

Dia, 
Patah hatinya acap kali,
kepada saudara dia pergi.

Dia,
Katanya perhatian yang dicari,
tapi kesempatan lain kau menggali.
Katanya serba kurang,
saudaramu tambah biar menghilang,

Dia,
Terasa kurang habis didomba,
tidak pernah syukur mendapat sedekah.

Dia,
Akal panjang tapi serupa budak,
tanpa malu sering minta dan bentak.
Pandai putar kalau tersekat,
Pasti lepas kalau terikat, 
tapi serik satu tiada detik.

Wahai Dia,
Faham la kau, ibu bapaku jarang ku jumpa,
keluar kota seawal subuh,
mejelang pulang tiada sentuh.
Aku anaknya membesar dalam payah,
Kerana kesenangan mereka inginkan,
mereka korban jiwa dan raga.
 Mengertilah Kau,
Meminta dengan rasa malu,
kudrat ada dengan tenaga,
meniti rezeki dengan sendiri,
bukan hanya meminta-minta.

Wahai Dia,
Perlukah aku berkorban kali ini?
Aku juga kurang kasih,
tidak mungkin aku kongsi,
kasih mereka yang baru kutemui.

Walau kita titis sedarah,
tapi Aku hasil mereka,
Dia hanya kaum keluarga,
mana mungkin sama utama.
Aku anak mereka,
Dia adik semata.

Mengertilah Dia berhenti jadi beban,
bagi peluang Aku merasa,
jangan Dia rasa tersaing,
Kerana Aku patut diutamakan.



#p/s: Aku mencipta puisi ini kerana hilang tempat mengadu, mengapa ibuku lebihkan kasih pada adiknya yang besar panjang berbanding aku? Kasih itu aku tahu tapi fikirkan aku terlebih dahulu. Dulu menjauh kenapa kini mahu menjauh lagi? Tiada kepentingankah aku?