Thursday 26 February 2015

REVIEW: COLO-CLEANSE COSWAY SEMBELIT HILANG

Assalammualaikum,

Hari ni aku nak kongsi kisah aku mengambil colo-cleanse sebagai 'supplement'. Aku ingatkan sekali lagi, ubat herba ini bukan untuk kurus dengan cara melawas. Tapi ubat herba ini aku ambil sebab aku susah nak membuang. Kenapa susah nak membuang? Mungkin kolon aku kotor dan aku 'dehydrated' kurang minum air. 


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon


Sebab-musabab kena amik ORIYEN COLO-CLEANSE COSWAY:

Oriyen Colo-Cleanse adalah herba yang membersihkan kolon anda dan mengurangkan penyerapan kembali toksin-toksin dari sistem perkumuhan, melegakan sembelit, kembung perut dan menggalakkan pembuangan air besar. Ia melembut dan menbuang sisa terkumpul yang mengeras di dalam usus I

20307843
Oriyen Colo-Cleanse
(30 Capsules)

Kandungan dalam ORIYEN COLO-CLEANSE:
Aloe vera, apricot seed, Chinese foxglove, Chinese skullcap, dong quai, liquorice root, peach seed and rhubarb.

Aku ambil 2 biji sebelum tidur dan minum banyak air. 
Hari pertama, tak ada sakit perut rasa nak membuang di tengah malam tapi bangun dari tidur terus cari toilet. Pagi tu dekat office, ade la 3 kali aku membuang tapi bukan cirit ok. 

Masuk hari kedua, 'on the way' ke office, perut aku memulas tahap kau ciritbirit. Aku tak dapat nak tahan terus cari petrol pam. Amik kau, siap ketuk pintu suruh pengguna pertama cepat sikit. Ya aku cirit plus pedas sebab semalam aku balun bubur sup ayam dengan sambal 3 sudu, burger daging cheese dengan kentang dan dinner sikit asal amik hati mak aku masak makan malam.

Hari ketiga dan keempat, aku amik sebiji jer sebab tahi aku dah lembut senang nak membuang. Tapi masalah aku ni, bila sering sangat ke tandas, rectum aku senang luka so bleeding la jadi nya. Tambah lagi makan pedas amikkau kalah darah period.

Minggu kedua, kadang-kadang amik sebab rectum aku masih berdarah dan aku period. Takut pulak nanti aku low platelet sebab darah keluar depan belakang*sila baca dengan sopan* 

Secara konklusi, herba ini telah berjaya mengatasi masalah sembelit aku.

P/s: check part ingrediant, aku highlight merah dong quai. In syaa Allah next post aku cerita pasal herba ni pulak! Herba yang sangat baik untuk wanita.







Wednesday 18 February 2015

Kesihatan: Perut Sihat Otak Cergas

Assalammualaikum,

Baru tergerak hati nak menulis kembali hari ini. Almaklumlah, sibuk ber'intership' dan bakal memegang skroll ijazah sarjana In Syaa Allah. Berada dalam tahun akhir bergelar pelajar universiti ni memang banyak dugaan, ada naik turunnya, pasang surutnya, dan gelombang geloranya. Ha! Memandai aku putar itu ayat.. Jujur aku memang tidak 'workout' sekerap tahun-tahun lalu tapi aku 'cut down' itu makanan yang berlemak. Sepanjang tempoh 'busy like a bee' tu, aku hanya makan nasi separuh, ikan dan sup sayur. Time tengah 'craving' aku belanja la lebih beli salad, mayo, cheese, roti dan tuna kemudian 'toast' kan mereka dan mammmm!! Selain tu kalau 'dinner pulak seminggu sekali aku pekene TomYum Cendawan dari Kedai Fitdau kat Rasah tu. Perghh kuah dia pedas, sedap, pekat, melekat tahap maha-siswa kawww kawwww!! Tu la salah satu 'port' bebudak UiTM Seremban. Dah kenapa aku cerita pasal makanan pulak ni?

Ok, berbalik kepada landasan semula. Bermula je 'first day of internship' muka aku dah naik bintik nakal aka jerawat bukan nak merawat! Kebetulan aku 'start' pakai SKII (pencuci+essance). Kulit tu memang makin lembut tapi dah nak masuk sebulan aku pakai muka aku tak secantik 'crystal clear' macam dalam iklan pun? Cis!!! Kebetulan yang kedua, sejak balik rumah cuti sem, aku dah kurang minum air dan makan. Kalau dulu dekat U, 3 liter aku mampu habiskan tapi naik cuti tapi masuk 'intern' ni sebotol kecik jer mampu aku telan. Kebetulan yang ketiga, Mama sejak nak pencen ni makin jarang masak, nak2 bila dia dan baba pergi cuti rehat ke Turki, memang tidak berasap la dapur tu. Aku dengan hilang nafsu makan memang tak masuk dapur, lebih utamakan tidur dari makan. Penat kerja, heavy-traffic lagi eerggghhh!! So apa jadi dengan muka aku ni? Jerawat itu tumbuh dengan subur, lalu kering dan meninggalkan bekas. Kurang ajar, aku punya la baik dengan dia tak usik pun tapi dia tinggalkan bekas pulak. Tempat tebaik pulak tu dia 'mark'. Dekat dagu dan pipi aku ni ha! Aku tau la aku hitam manis dan tembam, jangan la buat aku makin 'hodoh' naik sem ni..

Hakikat sebenar disebalik kejadian ini mungkin salah aku sendiri. Pertama, kurang minum air. Kedua, kurang makan, kurang la zat dan serat. Ketiga, kurang buang air 'no. 2'. Rasanya dengan tidak bersenam ditambah lagi dengan amalan diet yang tak sihat, bertoksik la badan aku ni. Tu la sebab walaupun jarang makan tapi berat aku susah turun *angguk-angguk sendiri tanda setuju*.

Jadi apa penyelesaian yang aku ambil?
Pertama- minum air paling kurang 3 liter.
Kedua-makan banyak serat
Ketiga-makan Colo-cleanse dari Cosway
Keempat-banyakkan berjalan
Colo cleanse Cosway