Saturday 14 January 2012

Apa yang Sedang Berlaku Pada Tubuh Badanku?

Kebelakangan ini banyak yang tidak kena pada tubuh badanku seolah-olah ia sedang memberi isyarat yang aku sendiri tidak dapat tafsirkan.





"Kadang-kala daya ingatanku melemah dan ia akan kembali normal. "



"Kadang-kala aku menemui kesukaran dalam mencari perkataan dalam bahasa melayu mahupun english"





"Aku mendapati tahap penglihatan aku semakin kabur"







 "Kadang-kala juga migraine akan menyerang"





 "Sedang aku duduk menaip nukilan untuk blog ini, belakang sebelah kanan kepala aku bagaikan ada aliran elektrik yang sangat menyakitkan"



Kesakitan itu 'on-off ' dan ianya mengganggu kosentrasi aku dalam menumpukan penaipanku. 
Ya Allah, adakah ini suatu tanda-tanda penting?

Sunday 8 January 2012

Pengabdi Jalanan

        Aku sedang duduk pada sebuah bangku kayu di Central Park. Tanganku kemas memegang novel kegemaranku.  Angin luruh sedang  menyapa pipiku walaupun belum masuk musim itu. Sudah tujuh tahun aku berhijrah di bumi asing ini. Panggilan yang aku terima dari Abang Adent malam tadi telah mengocak hatiku. Dia sudah tahu yang aku sedang berlari, berlari mencari makna kehidupan. Angin lalu mengalpakan aku dengan kenangan lama.  Aku semakin jauh...jauh..jauh..

         Malam semakin kelam, tanganku masih lagi memegang pena.  Aku mencoretkan rasa ke dalam diariku. Malam-malam beginilah rinduku pada mama dan baba menerjah. Mereka jauh beribu batu dariku.  Mereka sedang melakukan ibadah Haji di Tanah Suci Makkah. Hidup bertiga di rumah bagaikan syair kehidupan. Pelbagai rasa yang ku rasai. Pahit..manis..masam..kelat..semuanya ada. Ini yang dinamakan dugaan hidup. Namun apakan daya, aku insan biasa, melakukan kesilapan tidak pernah lupa. Pergaduhan besar telah berlaku antara aku dan abang. Ini semua gara-gara sayangku pada makhluk Allah. Makhluk yang bergelar kucing. Mereka hadir di sisiku tanpa mengira masa. Sedihku bertemankan mereka. Tangisku bersahutkan mereka. Tawaku dirasai mereka. Mereka adalah segalanya bagi aku.

         Perbalahan ini adalah titik permulaan bagi pengembaraan aku.......
Pagi yang indah bertemankan sang suria, aku meneruskan rutin harianku ke sekolah. Pergi berhantar, balik berjemput. Tiada satu kekurangan. Namun, hari ini aku nekad....apabila bergemanya loceng tamat persekolah kakiku melangkah ke tempat lain bukan pulang ke rumah. Aku menukar pakaian di sebuah stesen minyak. Tanganku kemas menggenggam sekeping kertas beralamat penting. Kakiku melangkah ke tempat perhentian bus yang berdekatan. Kebetulan di situlah teksi yang bakal menjemputku pergi. Kepergianku ke dunia ciptaan sendiri. Suara halus yang bersarang di kepala sibuk mengulang  ''persetankan semuanya''. Aku sudah nekad!

         Kini, langkahku hanya tinggal selangkah menuju ke tempat  yang di tuju. Tetapi lain pula arah kakiku. Aku lihat ada sebatang pokok yang rendang di seberang jalan. Pokok itu mampu melindungi aku dari pandangan mata. Di sebalik pokok itu, aku gali sebuah lubang kecil tetapi agak dalam. Aku tanam dompetku yang berisi segala maklumat tentang diriku. Aku robek pakaianku agar kelihatan comot. Aku panjat pokok yang rendang itui lalu sengaja menjatuhkan diri menyembah bumi. Aku mengulanginya untuk beberapa kali. Akhirnya aku puas dengan kesan luka yang aku mahu. Aku hantukkan kepalaku pada pundak kayu yang tersembul keluar dari tanah. Darah mengalir dari dahiku. Sakitnya tidak terperi, itu yang aku inginkan. Setelah habis satu badan aku lukakan, kaki melangkah menuju ke rumah kebajikan yang aku cari di internet. Segalanya sudah aku rancang dengan teliti. Aku mahu memadam identitiku. Aku mahu gantikan dengan identiti yang baru. Identiti yang tiada kena mengena dengan keluargaku. Satu kerja gila seumur hidup aku pernah lakukan.



“ Selesanya pembaringanku ini”
“ Di mana aku ni?”
“ Mengapa badan aku berat sangat ni?”
“ Apa yang telah berlaku padaku?”
“ Cik?”
“ Cik x apa2?"
"  Cik berehatla ye”
“ Jangan banyak bergerak”
“Suara siapakah itu?” satu persoalan yang menerjah kepalaku walaupun mataku masih terpejam.  Aku cuba membuka mataku yang berat ini. Ada cahaya terang yang sungguh menyilaukan mata. Aku melihat sekujur tubuh sedang berdiri di sisiku. Wanita! Dia beruniform hospital. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Ada seorang wanita separa abad sedang duduk di sisiku.  Aku kenal siapa diri. Dia adalah pengasas rumah kebajikan tu. Akhirnya, sampai juga aku kepadanya.
“  Awak dah ok?”
“ Saya di mana ni?”
“ Awak berada di hospital”
“ Macam mana saya boleh berada di sini?” aku menanyakan soalan yang aku sendiri tahu jawapannya.
“ Kami menemukan awak terbaring di depan pagar Teratak Jacaranda
Aku hanya membisu. Hatiku senang mendengarnya. Mereka semua sudah tertipu dengan helahku.
“ Saya Datuk Qaseh Haji Rahmat, pemilik Teratak Jacaranda. Kalau anak tak keberatan, boleh ceritakan identiti anak??”
“ Saya Zahlia Mardiah”
“ Awak menetap di mana sebelum ni dan bagaimana awak boleh jadi macam ni “
“ Saya tinggal dengan nenek saya tapi dia sudah meninggal dua bulan yang lepas. Saya tinggal sebatang kara, saya sering  diganggu dengan anak muda jalanan dan saya sebenarnya sedang melarikan diri dari menjadi mangsa rogol mereka”
“ Merekakah yang telah melakukan awak sedemikian rupa?”
“ Hmmmm...”
“ Kalau mama boleh tahu, berapakah umur awak dan awak ni masih bersekolah?”
“ Mama?”
“ Maaf sekiranya awak x selesa dengan panggilan tu. Mereka di Teratak menggelar saya ‘mama’. Mulai sekarang, panggil saja, saya mama”
Tiba-tiba aku terkenangkan mama. Bagaimanakah keadaannya sekarang? Macam manalah keadaan rumah sekarang ini? Baru padan dengan abang dan adikku.
“ Saya masih bersekolah dan saya bakal menduduki SPM tahun ni “
“ Maaf la sekiranya mama banyak bertanya. Kami tidak temukan sebarang dokumen pengenalan diri pada kamu”
“ Rumah nenek dah terbakar semasa saya melarikan diri “
“ Kamu ada sedara-mara yang lain? “
“ Saya cuma ada nenek saja “
" Ya Allah....Kalau macam tu, kamu tinggal di Teratak mama boleh?”
“ Alhamdulillah kalau mama sudi menerima saya “
Akhirnya, aku diterima masuk ke dalam rumah kebajikan tu. Sekarang, aku hanya tinggal mengatur langkah seterusnya saja. Dengan adanya, rumah kebajikan ni misi aku semakin lancar.

             Hidup aku di rumah kebajikan ini semakin baik.Sudah hampir sebulan aku di sini dan mereka di sini menerima kehadiran aku dengan hati yang terbuka malah senang bergaul denganku. Aku menyambung persekolahanku di sekolah yang berdekatan dan aku dapat menyesuaikan diri dengan suasana di sini. Aku telah mencipta identiti yang baru. Mama telah menguruskan segalanya termasuk membuat kad pengenakan baru. Segala rancanganku bagi mewujudkan satu identiti palsu berjalan dengan lancar mungkin kerana Malaysia masih lagi berada ditakuk yang lama. Teknologi maklumat tidak boleh diubah melain dengan kepakaran yang tinngi. Kes-kes terpencil dan boleh diuruskan dengan budi bicara. Rata-rata remaja yang tinggal di sini memang bernasib malang. Tidak seperti aku yang mencipta nasib malang sendiri. Aku sudah menganggap mama dan penjaga yang lain seperti keluarga kandungku. Bahkan, aku cukup rapat dengan keluarga mama. Ternyata anak-anak mama seorang yang merendah diri dan cukup sopan. Mereka tidak pernah merendahkan kami dan mereka juga sering menghabiskan masa senggang mereka di sini terutamanya Abang Adent Umurnya hanya beza lapan tahun lebih tua dariku. Dia sering mengajarku apabila ada kesempatan. Dia sememangnya banyak membantu aku. Realitinya, dari kehidupan aku sebelum ini pun aku seorang pelajar yang sederhana walaupun aku belajar di kelas Sains. Ada juga sesekali aku menelefon ke rumah. Ala yang sering mengangkat panggilanku. Aku katakan padanya agar tidak usah mencariku dan risau akan aku. Biar aku yang mencari mereka bila tiba masanya dan tidak perlulah melaporkan kehilanganku kepada pihak polis. Aku juga berpesan kepadanya agar menjaga mama dan baba baik-baik. Aku juga meninggalkan pesan untuk mama dan baba agar bersabar atas segala yang terjadi dan jangan mencariku. Aku akan kembali dengan kejayaan.

Dua bulan berlalu.................

     Jantungku berdegup laju kerana sebentar lagi keputusan SPM akan diumumkan. Aku sudah tidak sabar menunggunya kerana aku tahu yang aku boleh berjaya dengan terbilang.  Mama dan Abang Adent menemankan aku dan beberapa temanku yang lain. Walaupun mereka tidak sekelas denganku tetapi mereka mempunyai kepandaian yang tersendiri .  Alhamdulillah, akhirnya aku dapat kesemua A+ dalam SPMku. Itulah harapan mama dan baba dan itulah doa mereka sepanjang beribadah di hadapan Kaabah. Teman-temanku yang  lain juga mendapat keputusan yang cukup membanggakan. Orang yang paling gembira sekali adalah mama dan Abang Adent. Ahli keluarga baru mereka mendapat keputusan SPM yang cukup membanggakan. Tidak sia-sia usaha mereka selama ini dengan mengupah tenaga pengajar yang cukup professional untuk kami.

    Aku duduk berseorangan di bawah pohon yang ku gelar ‘moments’. Pohon yang banyak menyembunyikan kisah silamku. Di bawahnya tertanam diriku yang dahulu. Aku menanam seberapa banyak yang boleh kisah silamku walaupun aku tahu, aku x mungkin menanam kurniaan Allah iaitu kebijaksanaanku. Di bawah pohon ini, aku terkenangkan mama, baba dan adik-beradikku. Bagaimana la kehidupan mereka? Setahu aku, mama dan baba sudah pulang dari Tanah Suci.
“ Ampunkan Ayie ma..baba” kataku dengan sayu kepada sang angin.
Tiba-tiba tanpaku sedari, Abang Adent sedang menghampiriku secara senyap.
“ Bah....!” dia cuba mengejutkan aku.
“ Ahh...........waalaikumsalam!” jawabku.
“ Perli la tu...”
“ Eh, mana de”
“ Puas abang cari kamu, rupa-rupanya kamu sedang duduk termenung kat sini”
“ Nak buat macam mana, abang baru kenal  Lia sehari ke?”
“ Haah, baru sehari sejam seminit abang kenal kamu!”
“ Kah..kah..kah..kah” aku menggelakkannya.
“ Kamu buat apa di sini?”
“ Macam biasala, mengayam mimpi”
“ Apa kat dalam Teratak sudah tidak ada pokok sehinggakan kamu duduk di seberang jalan ni?”
“ Pokok kat dalam sana tak kenal Lia la”
“ Ceh, seberapa rapat pokok ni kenal kamu?
“ Seberapa rapat yang abang boleh bayangkan!”
“ Ayat tak boleh bla”
“ Kenapa abang cari Lia?”
“ Abang nak bagi surat ni”
“ Surat apa ni?”
“ Mana la abang tahu. Buka la, nak tahu juga apa isinya!”
“ Jom” kataku sambil mengoyakkan sampul surat tersebut.
“ Sukacita dimaklumkan bahawa Zahlia Mardiah binti Hu'zain telah mendapat tajaan biasiswa oleh JPA. Sila mendaftarkan diri pada 13hb Januari 2010  ”
“ WOW....Lia dapat biasiswa! Tahniah”
“ Alhamdulillah bang. Ya Allah terima kasih”
“ Berita gempak macam ni kena beri tahu mama”
“ Tau x pe. Jom bagi tau mama”
Kami bersama-sama menuju ke ruang pejabat mama. Kelihatan mama sedang duduk membaca sesuatu sambil menghirup teh kesukaannya.
“ Assalammualaikum ma”
“ Waalaikumsalam, kamu berdua ni dari mana?”
“ Kami baru balik dating ma”
“ Eh, abang ni! Tak de la ma, abang tipu je tu”
“ Hahahahaha... Ada-ada saja kamu berdua ni. Ada apa nak jumpa mama ni?”
“ Sebenarnyakan ma, Lia ada surat nak tunjuk kat mama”
“ Surat apa?”
“ Mama baca la”


Aku kini sedang menjalani praktikal di INTECMA selama enam bulan sebelum aku dihantar ke Amerika. Aku berjaya mendapatkan biasiswa dan bakal menjadi pelajar jurusan berubatan di sana. Rakan-rakanku yang lain juga tidak kurang hebatnya. Ada beberapa rakanku yang mendapat biasiswa melanjutkan pelajaran di Mesir, India dan Indonesia. Masing-masing punya rezeki. Abang Adentjuga sedang sibuk menghabiskan pengajiannya dan bakal dihantar ke Jepun dalam bidang ‘engineering’. Ada juga beberapa kali aku mengutuskan surat, email dan menelefon ke rumah. Setiap kali terdengar suara mama pasti menitiskan air mata. Aku hanya mampu meminta agar mama bersabar dan bersikap optimis. Kad bank yang mama dan baba buatkan untuk aku sentiasa tersimpan rapi di dalam dompetku. Mereka tidak putus-putus mengirimkan wang, mungkin mereka takut aku melakukan sesuatu yang bodoh akibat kesempitan wang. Segala-galanya terancang dengan rapi. Mama dan baba tidak mampu menjejakku dan ‘mama’ juga tidak mampu menjejak identitiku. Wang yang dikirimkan x pernah aku sentuh kerana mereka boleh mengesan keberadaanku.

Lima tahun kemudian...............

      Setelah aku berjaya mengenggam segulung ijazah, aku mengambil keputusan untuk berkhidmat di sini. Hasratku tidak dibantah oleh sesiapa pun. Mama menguruskan segalanya. Aku mula berkhidmat sebagai doktor pembantu dengan gaji yang kecil. Maklumlah, aku masih lagi setahun jagung dalam bidang ini. Aku terpaksa bekerja sambilan di kedai makanan ringan bagi menampung kos sara diriku di sini dan membayar kembali duit biasiswa kerana aku tidak berkhidmat untuk mereka. Mama sentiasa mengirimkan duit tetapi  aku juga tidak mahu dia tahu akan keberadaanku. Aku memang menempah bala. Aku hanya mampu menyewa bilik sahaja. Aku harus kuat dan tabahkan diri. Ini la dunia seorang gelandangan. Hidup sentiasa menumpang. Bila terasa letih, aku tidur dan bila terasa lapar, aku makan. Banyak yang aku pelajari di negara orang ini. Ilmu mereka, pengalaman bersama mereka dan keramahan mereka adalah sesuatu yang aku tidak mampu lupakan.

        Setelah berkhidmat selama tiga tahun di hospital ini, akhirnya pihak hospital menaikkan pangkatku sebagai doktor professional dan bukannya doktor pembantu. Gajiku juga sudah bertambah angka dan boleh la aku mengirimkan wang untuk mama dan baba. Aku tidak perlu melakukan kerja sambilan lagi dan aku sedang berusaha mengumpulkan wang untuk melanjutkan pelajaranku ke peringkat yang lebih tinggi. Kredibilitiku mulai tercabar apabila aku mengendalikan satu pesakit yang berasal dari Malaysia. Dia seorang pesakit lelaki yang sudah lanjut usia. Berdasarkan sejarah penyakitnya, dia didignos menghidap penyakit paru-paru berair. Penyakitnya sudah mencapai tahap kritikal dan pihak hospital hanya mampu memberikan ubat penahan sakit. Disebabkan dia tidak mempunyai waris di sini, maka aku yang sewarganegara dengannya menjadi mangsa untuk menguruskan apabila ajalnya sudah tiba. Banyak masa aku habiskan bersamanya. Dia banyak mengubah sudut pandanganku tentang kehidupan. Walaupun aku tidak pernah melupakan Allah tetapi aku cuba melupakan pengorbanan orang yang membesarkan aku. Aku banyak bercerita tentang diriku dengannya termasuklah identitiku yang sebenar. Dia juga banyak menceritakan kisah hidupnya yang mampu memukul jiwa dan hatiku. Dia satu-satunya manusia yang mengetahui rancanganku, identitiku dan takdirku. Dia berjaya meletakkan titik nokhtah dalam hidupku sebagai pengabdi jalanan.

       Aku mulai tersedar dari anganku apabila seoarang penunggang basikal membunyikan locengnya. Tanpa sedar, air mataku sudah membasahi pipiku. Aku telah melakukan sesuatu yang bodoh dan sudah tiba masanya untuk aku memperbaikinya. Pesakit melayu yang juga aku gelar Uncle Luqman sudah kembali ke rahmatuallah beberapa bulan yang lalu. Sepanjang sisa-sisa hayatnya, aku la anaknya, saudaranya dan temannya. Aku sedaya-upaya mencari ahli keluarganya di Malaysia. Akhirnya aku bertemu juga dengan anaknya. Rupa-rupanya, anak Uncle Luqman sudah lama menjejaki ayahnya yang melarikan diri dari keluarga akibat satu kesalahan yang mampu memecah-belahkan keluarganya. Aku pulang ke Malaysia semata-mata ingin menjenguk kubur arwah Uncle Luqman dan menjenguk mama serta Teratak Jacaranda.  Mama masih lagi aktif dengan kerja amalnya. Pada masa itu juga hatiku terkocak sekali lagi apabila mama menyatakan hasratnya untuk menyunting aku sebagai suri hidup Abang Adent. Aku tidak memberikan kata putus sebaliknya melarikan diri sekali lagi ke bumi asing ini. Memang aku tidak pernah memberikan alamat kediamanku kepada sesiapa kecuali anak Uncle Luqman.

           Malam tadi aku menerima panggilan telefon dari Abang Adent. Dia berlagak seperti tiada persengketaan yang berlaku antara kami. Aku bukan tidak mahu menerimanya sebagai teman hidupku tetapi aku tidak mahu menyakiti hatinya kerana penipuan yang aku lakukan ini terlalu besar.
“ Assalammualaikum, Lia sihat?”
“ Waalaikumsalam, Lia sihat alhamdulillah. Abang dan mama macam mana?”
“ Alhamdulillah, kami sihat. Cuma, ada sekeping hati yang terluka kerana terlalu mendambakan kehadiran Lia”
“ Abang, bukan Lia tak mahu menerima abang tapi Lia tak mahu melukakan abang dengan kesalahan Lia”
“ Kesalahan masa silam Lia bukan?”
“ Apa yang abang cakapkan ni?”
“ Natalia Madihah binti Hussin, abang sudah tahu segalanya”
“ Saya Zahlia Mardiah binti Hu'zain, bukan Natalia Madihah binti Hussin”
“ Awak tak perlu menafikannya Lia. Abang sudah tahu identiti yang kamu cuba sembunyikan selama ini”
“ Jadi selama ini abang cuba menyiasat latar belakang Lia?”
“ Abang bukan menyiasat tetapi abang secara tidak sengaja terjumpa identiti Lia tertanam di bawah pohon ‘moments’  tu. Semakin dalam abang korek, semakin banyak abang tahu tentang identiti sebenar kamu Natalia Madihah”
“ Abang dah tahu segalanya. Jadi, apa yang abang mahukan sekarang?”
“ Abang mahu pulang ke Malaysia secepatnya mungkin dan minta ampun dengan kedua-dua orang tua kamu”
“ Mana abang tahu pasal mereka?”
“ Ini keluarga Datuk Qaseh la. Sampai kelubang cacing pun kami mampu jejak!”
“ Oh.. Abang sudah pandai berlagak sekarang ni?”
“ Kamu jangan cuba mengubah topik Lia. Abang mahu kamu pulang ke Malaysia sebelum kamu kehilangan kedua-dua orang tua kamu”
“ Apa maksud abang?”
“ Mereka terlalu merindukan kamu Lia. Jadi, pulangla ke Malaysia”
“ Lia tak tahu nak fikir apa sekarang ni bang!”
“ Tak payah nak fikir apa-apa lagi. Kamu hanya perlu munculkan diri kamu di depan kami sahaja. Mama dan lain-lain sudah tahu pasal kamu dan kami semua tidak sangka senekad ini tindakan kamu Lia. Sanggup kamu menipu kami Lia”
“ Abang, tolong jangan cakap macam tu bang” kataku sambil menangis.
“ Sebab itu abang memerlukan kamu untuk menjelaskan keadaan di sini Lia”
“ Baiklah bang, Lia akan pulang ke Malaysia secepat yang mungkin”
“ Alhamdulillah kalau macam tu, abang memerlukan Lia untuk memujuk mama kerana dia teramat sedih  dengan tindakan Lia”
“ Apa maksud abang”
“ Abang tak mahu kehilangan kamu dari sisi abang dan abang mahu kamu membersihkan nama kamu di mata mama dan juga di mata kedua-dua orang tuamu”
“ Terima kasih bang kerana sudi menerima diri Lia walaupun Lia telah melakukan sesuatu yang bodoh”
“ Abang sayangkan kamu lebih dari diri abang sendiri”
“ Terima kasih bang”
Selepas saja aku meletakkan ganggang telefon, aku terus menempah tiket ke Malaysia. Alhamdulillah, masih lagi ada ‘seat’ yang kosong walaupun aku terpaksa menunggu selama dua hari lagi. Aku berdoa agar kepulangan ku dapat menjernihkan keadaan mereka mampu menerima aku seperti sebelum ini.

      ya Allah, ampunilah dosa-dosa hambamu ini.. Aku telah banyak melukan hati ibu-ibuku dan insan   yang menyayangiku.. Bukakan lah hati mereka untuk menerima aku kembali ya Allah.. Sinari hati dan hariku dengan keberkatanMu..