Sunday 18 December 2016

Cerita Cinta: Library Crush!




“ Madi, macam mana nak buat soalan ‘Capital Budgeting’ ni?”
“ Emm..Capital Budgeting ea, Cah? ”
“ Eh tak la, ‘ Cara nak dating!’ ”
“ Ha, biadap dah tu dengan tutor Coporate Finance korang!”
“ Hahaha.. kitorang gurau2 jer”
Fine! Ok, sila buka ICSA past year question December 2012, question 5. Aku ajar step by step nak tackle this kind of question and then you guys can practise with another set of questions
“ Madi, pandang arah pukul 2 kau cepat!”
“ Pehal pulak la, Fara oii.. OMG mamat Korean! Since when U kita ada korean students?”
“ Mane ade Korean..Mamat Chinese la Madi”
“ Wey.. Cah tengok macam mamat mix chinese-malay je Fara!”
“ Eh.. eh.. Madi, Cah..dia pandang sini. Pandang buku and pura2 tekan calculator semua”
“ kih..kih..kih”

Hari ni hari pertama dalam beberapa minggu akan datang, aku menapak di Library University X. Memandangkan exam ICSA hanya selang 2 minggu lagi dan Corporate Finance ni orang kata killer paper, beberapa kawan-kawan kelas meminta aku untuk guide diorang. Aku bukan la sifu subject ni cumanya bila dah banyak sangat buat soalan contoh, aku dapat tangkap calculation flow for each topics plus formula2 yang penting. Oleh sebab aku jenis bangsa yang mendokong semua orang, maka, aku bersetuju untuk bagi tutorial.

Sudah beberapa hari aku study sendirian di library. Kengkawan aku semua sudah angkat kaki mahu study sendiri-sendiri sebaik sahaja tutorial aku tamat. Tidak dinafikan mata kitorang ni selalu melilau menikmati ciptaan yang indah *lelaki kacak* tapi hanya setakat itu sahaja. Kalau bangsa yang jenis malu-malu kucing, mana berani nak bertegur sapa apatah lagi minta number phone. Sesekali pandangan mata aku bertembung dengan mamat ‘mix’ yang kebetulan curi-curi pandang ke arah meja aku memandangkan kami duduk bertentangan antara satu sama lain. Tengok dari buku-buku rujukan dia, aku dapat agak yang dia ni budak ACCA. 

"ahh.. lebih kurang je course aku dengan dia. Ada chance la  kalau aku nak acah2 bertanya atau menyembang” aku bermonolog.
milik siapakan hati ni.. Kalau kulit aku ni putih melepak, muka bersih tanpa cela, badan pun fit, mesti dah lama aku ada yang punya and takda la aku melilau macam ni”
“ ok jugak single and available. Takda la aku rasa bersalah atau tercurang ke kan?”
“ kalau mamat ni tetiba bertanya sapa, aku nak cakap ape eh?”
“ ish.. ade probability ke dia perasan kewujudan aku kat sini?”
“ walaweyyy… dia curi2 pandang sini pulak”
“ patut ke aku senyum kalau kitorang terpandang satu sama lain lagi?”
“ macam mana nak tahu yang dia pun interested nak kenal dengan aku?”
“ umur aku dah cecah 23 tahun, calon bakal suami pun takda lagi ni. Kengkawan aku ramai dah kahwin sebaik habis je degree dan dah beranak satu dua”

Aku mengeleng-gelengkan kepala untuk menghilangkan suara kecil yang memenuhi kotak fikiran aku lalu kembali fokus pada soalan yang terbentang luas di hadapan aku. Aku kembali khusyuk membuat calculation, selagi tak jumpa jawapan, selagi tu la aku dok tekan2 calculator dan selak tiga empat jenis buku finance, dari buku Watson & Head ke buku Ross lalu kembali ke buku Andrew dan begitu juga dengan buku Colton tak pun buku Taillard. Terlampau leka dengan dunia finance sehingga lupa nak jamah lunch and solat. Nasib baik la masih pukul 2.30 p.m. so sempat lagi nak ke café. Tiba-tiba, mamat mix bangun dan pandang aku. Otak aku tepu, confuse sama ada nak lemparkan senyuman macam dalam plan ke tidak. Dia jalan depan meja aku then stop and keluarkan phone, lepas tu sambung jalan. Hampa, tu la perasaan aku tapi tetiba dia patah balik ke meja aku then stop lagi sekali dengan phone di tangan lalu pandang aku. Tapi dia terus ke  meja dia, ambil wallet then berlalu pergi ke café, aku agak je. Aku pun tak faham dengan mamat ni.

Sambil menuju ke Surau, aku berangan lagi. Tertanya-tanya yang mamat ni bagi hint kat aku ke apa. Selesai solat, aku ke café untuk lunch dan kembali ke library untuk menelaah. Dia ada di mejanya dengan telinga bersumbat earphone lalu memandang aku yang baru sahaja duduk. Lagi sekali aku confuse mahu melemparkan senyuman atau tidak.

Hari berikutnya, disebabkan aku datang awal, banyak lagi port study yang kosong so aku main duduk saja. Tanpa melengahkan masa, aku pun keluarkan buku, Macbook dan earphone lalu dengan doa, aku meneruskan revision. Tidak sedar masa berlalu, sekali tengok jam, sudah pukul 11 a.m. dan perut aku dah berbunyi. Luruskan badan sikit, pusing kanan pusing kiri, toleh depan toleh belakang, eh dia baru masuk ke library. Aku terus senyum kambing sorang2 dan hati tengah kembang kempis tahan perasaan. Meja banyak yang kena ‘chop’ orang so dia pilih meja yang selang 1 meja di belakang aku sebab kengkawan dia menapak di meja belakang aku. Hampa, xdapat la curi2 pandang dia hari ni. Sepangjang satu hari ni, dia banyak kali singgah meja kawan dia and discuss among themselves. Dari perbincangan diorang, baru la aku tahu nama dia ni Rahim and senior setahun dua dari aku and tengah ambil paper ACCA P*berapa ntoh*. Tahap professionalism aku nak stalk orang, earphone aku tu sekadar hiasan acah2 dengar lagu tapi iTunes off. Dengan cara ni la aku boleh curi2 dengar apa diorang cakap.

Aku mengangkat kepala bila ada seseorang datang di hadapan aku sambil tersenyum. Eh si Rahim rupanya.
“ Hi, sorry ganggu awak”
“ Oh ya Hi, tak ganggu mane pun”
“ Saya nak pinjam kerusi sebelah awak ni boleh? Takde orang duduk kan?”
“ Oh kerusi, ambil la. Saya study sorang pun, takde orang guna”
“ I see, saya pinjam kejap ye awak”
“ Silakan.. silakan..”
Dia ambil kerusi sebelah aku then bawa ke meja kengkawan dia. Maybe diorang nak discuss something sebab ramai jugak la kerumun meja belakang aku ni. Selang beberapa minit, aku rasa nak terkucil. Ye la, sebabnya aku teguk air kosong berbotol-botol plus air vitamin C lagi 1 ke 2 botol. Mau nye tak penuh pundi kencing aku. Nak sihat kan, kena la amalkan air kosong dan vitamin C selalu. Lama jugak la aku lepak kat tandas. Bukan ape, betulkan tudung, touch up makeup sikit then dua tiga kali posing depan cermin practise senyum sambil manis2kan muka. Sekembalinya aku dari toilet, Rahim tengah masukkan kerusi yang dia pakai bawah meja aku. Nampak je aku tengah masuk sambil catwalk, dia terus lemparkan senyuman. Aku tanpa sedar, balas senyuman dia sebijik yang aku practise dalam toilet tadi. Masa berlalu dengan pantas, sudah pukul 5 p.m., waktu aku untuk balik sebab aku tumpang kereta baba. Tiap kali nampak aku kemas beg mesti dia pandang. Each time before balik, setiap hari aku mengharapkan dia akan tinggal nota kecil so that besok pagi nya bila aku duduk tetiba ehh ada nota la dari Rahim. Tapi itu hanya angan2 aku saja.

The next morning, satu hari aku tunggu Rahim muncul, tapi dia tak datang. Dah la hari ni hari Jumaat. Esok Sabtu, cousin aku kahwin so tak mungkin aku dapat study kat library. Ahad jangan harap la aku bukak buku sebabnya satu hari suntuk aku akan berfoya-foya*keluar buang masa*.

Masuk minggu ke-2 aku study dekat library, aku mengharapkan perubahan dalam corak permainan tarik tali hati ke hati antara aku dan dia. Hari ni aku datang lewat sikit around 9.30 a.m. so bila aku melangkah masuk je, aku dah nampak dia dekat meja favourite dia. Aku pun apa lagi, cepat2 la pilih meja yang dekat dengan dia supaya dapat bertentang mata walaupun curi2. Letak je punggung kat kerusi, dia dah angkat muka pandang aku, aku hadiahkan senyuman sebab senyuman itu sedekah. Kalau kawan2 dia pandang aku pun, aku akan lemparkan senyuman. Aku tak nak lokek dengan senyuman, biarlah rupa buruk dan kulit hitam, janji anda murah dengan senyuman. Persetan orang kata kau senyum tak bertempat ke apa. Ingat ni, aura positif akan menarik aura positif. So nak tarik dia, aku kena bersikap terbuka dulu. Aku belajar ni semua dari buku Law of Attraction. Bukan niat aku nak menggatal tapi faham2 sendiri la, aku tak nak jadi anak dara tua and aku bukan terdesak tapi aku mengamalkan sikap openness.

After lunch, macam biasa aku pergi surau then restroom untuk betul2 kan tudung sikit, touch up sikit and membuang sikit. Sekembalinya aku ke meja, aku pun buka la balik buku. Tergamam, tu la perasaan aku bila ada nota kecil terselit di celahan buku aku.

‘Your smile is contagious and I don’t mind getting infected’
- R-

Aku tersenyum membaca nota kecil yang dia tinggalkan. Aku pandang dia dengan senyuman di bibir sambil menujukkan nota yang dia tinggalkan. Aku nak bagitahu yang aku dah baca nota dia tu. Dia senyum dan angguk tanda faham. 

“ Weyyy sweet giler.. apa aku nak reply ni? Macam mana nak reply? Perlu ke aku reply?”
“ Patut ke aku bagi direct or minta kawan dia pass pada dia?”
" Ahhhh... nanti2 la aku balas, cari idea dulu"
" Aku janji.. lagi 1 jam aku dari sekarang, aku minta dia jumpa aku kat luar"

Aku bangun dari kerusi dan kebetulan dia memang tengah pandang aku so aku bagi hint mintak dia jumpa aku dekat luar. Then aku pun cepat2 keluar dari library, duduk dekat kerusi batu di luar library and tersorok sikit dari cermin tingkap library. Berbunga-bunga, itu la perasaan aku bila dia keluar dari pintu library dan berjalan menuju ke arah aku. Aku jadi numb and confuse but happy at the same time.

“ Awak dah baca nota yang saya selitkan”
“ Yeah and it's very bold, I mean.. awak sangat berani and it would give me diabetic”
“ Hahaha…just like you smile; contagious”
“ You are such a sweet talker”
“ Only to get to know you better”
“ Hahahaha…Take this, it’s my reply”

‘ I stupidly grinning whenever I hear your footsteps’
….

“ Cah, ingat lagi mamat mix yang study kat library tu?”
“ Ha ingat, kenapa dia ngorat Madi ke?”
“ Ngorat tu tak la cuma dia nak kenal2”
“ Shut the…. Seriously? Cah baru nak gurau2 jer tadi. Serious la Madi?”
“ Serious la ni. Tak kan main2 pulak. Dia selitkan nota jiwang2 kat buku CF Madi”
“ Wohhaattt… Dia tulis apa, nak tahu jugak?”
“ Dia tulis ni.. ‘Your smile is contagious and I don’t mind getting infected’”
“ Weyyyy.. asal dia sweet sangat ni? Habis kena diabetic nanti”
“ I know!! Nak buat apa lepas ni, Madi tak tau”
“ Dia minta number phone tak?”
“ Tak, belum lagi”
“ Kalau dia minta tu bagi jer la. Orang nak kenal2 kan”
“ Lepas dah bagi tu nak buat apa?”
“ Buat main batu seremban. Keep in touch la buat apa lagi. Tengok flow korang camne then decide la dari situ. Kenal dulu layer by layer then kalau ada jodoh tak ke mana” 
“ Amboiiii.. pandai cakap sekarang ea”
“ Ni Ecah la, Dr. Love”
“ Merapu jer lebih”
“ Eh eh.. betul apa yang kita cakap. So makin semangat la ni study kat library? Boleh la dapat distinction paper CF tahun ni ye. hahahaha..”
“ Mengusik sakan engko kan.. Tak dinafikan, semangat nak study tu berkobar-kobar and boleh fokus 110% apa yang kita study”
“ Ye ke boleh 110% Fokus? Bukan asyik curi2 pandang je kan kerja korang?”
“ Nope, dia sangat committed dengan apa yang dia tengah study. Orang kalau buat calculation, selagi tak dapat tangkap jawapan, jangan haraplah nak pandang kiri kanan. Kita study CF pun macam ni jugak kan?”
“ Emm.. hujah anda diterima. Saya menanti perkhabaran yang baik dari anda”
“ Daaaaaa….”

Minggu berikutnya..

Minggu examination aku bermula. Paper aku jatuh pada hari selasa dan khamis. Aku tak rasa nak study kat library minggu exam macam ni, walaupun aku dah gila bayang nak tengok Rahim. Dia mesti ternanti-nanti kemunculan aku agaknya. Ye la last jumaat, dia datang masa aku dah nak balik so memang tak sempat la nak sembang bagai. Tiba-tiba hati rasa sebak, aku rasa this is the end ceritera library crush aku. Setan dalam otak aku tengah menyembang.

“ Sape la nak kat kau yang muka macam singa. Umur baru 23 tahun tapi muka dah macam mak orang anak 3”
“ Tak yah berangan la. Kalau dia minat kat kau, dah lama dia minta number phone kau”
“ Dah 2 minggu study sama2 tapi habuk pun tak de”

Aku akur dengan nasib diri. Tapi tak nak sebab tak dapat ‘kawan’, aku jadi hilang fokus pada exam aku. So aku pasrah saja la dengan harapan kalau ade jodoh, jumpa la lagi dengan di mana2.  Sedang asyik mengelamun subuh2 ni, tiba2 mama masuk bilik.

“ Kak, mama ade kelas ngaji di Masjid Negeri. Nanti kamu ambil mama around 12pm macam tu boleh. Hari ni Isnin, ade ustaz best kat Masjid, so sayang kalau tak pergi kuliah”
“ Ohh ok, boleh la orang study kat library hari ni”

Hati penuh bunga2 masa drive ke library. Cantik!! Parking pun senang dapat and langit pun cerah. Masuk je library, hampa, dia tak datang lagi even though waktu2 macam ni dia selalunye dah sampai. Tapi tak ape, aku pilih meja favourite aku dan start keluarkan segala materials for revision. Tak sampai setengah jam, kawan2 dia pulak datang and chop meja belakang aku. Aku pun sambung la study, tapi sayangnya otak aku dah tepu and tak boleh nak concentrate langsung buat calculation. So aku pun pusing belakang and start menyembang dengan kawan2 dia. Selama ni kitorang balas2 senyum angguk2 geleng2 saje tapi kali ni we are having a real conversation. Aku perkenalkan diri, cerita serba sedikit pasal ICSA, tanya sikit2 pasal ACCA, sembang pasal jadual exam, pasal lecturers, pasal fee per paper and many more tapi satu pun pasal Rahim, tak keluar. Sembang punya sembang, baru la nampak Rahim masuk and dia terus meluru ke meja kawan2 dia ni then says ‘ Morning girls, you look gorgeous today!’. Masing2 senyum kambing pada aku macam ade maksud tersirat jer. Nak tutup malu punya pasal, aku undur diri dengan excuse nak sambung revision and diorang semua pun angguk bagi green light then Rahim pun menapak kat meja favourite dia.

Dah pukul 11.50 a.m, aku pun start kemas2 barang masukkan dalam beg segala sebab nak ambil mama dekat Masjid. Tak rasa pulak nak sambung study kat sini sampai ke petang macam selalu sebab aku nak rehatkan otak untuk exam esok. Before gerak, aku pergi kat meja diorang then wish them all the best and good luck. Aku pun tak lupa minta maaf kalau ade salah silap or salah faham sepangjang aku study sama dengan diorang and aku bagitahu yang esok adalah paper last aku before aku graduate so aku yakin yang this will be the last time aku jumpa diorang. Saje je aku cakap kuat sikit nak bagi Rahim dengan so that kalau dia nak contact number, this is the right time before I leave. After saying goodbye and what not, hampa, dia masih membatu, tiada tanda2 nak approach aku ke apa. So dengan berat langkah, aku pun keluar dari library tanpa kejayaan dalam perkenalan kitorang. 

“ Aku dah terang2 bagitau yang hari ni last aku jumpa kau and kau masih buat bodoh je”
“ Ko memang nak main2 kan aku je kan sebenarnya”
“ Ya Allah, kalau dia jodoh aku, maka permudahkanlah perkenalan kami. Gerakkan la hati dia Ya Allah”

Air mata dah menitik masa aku lalu lorong memory lane University aku sebab rasa kecewa yang amat sangat. Dulu bukan main bagi ayat manis semanis madu, tapi bila aku bagi peluang kau lepaskan macam tu je. Aku tahu, physically aku tak capai standard yang kau nak tapi aku pun ade hati macam wanita lain. Dengan sendu, aku hidupkan enjin kereta and tukar gear ke D4 bersedia nak gerak. Tiba2 ada pulak sorang mamat muncul depan kereta aku and minta aku stop. Tergamam, tak sangka dia rupanya yang tahan kereta aku. Dia pergi ke arah pintu pemandu dan ketuk tingkap then bagi signal minta aku turunkan tingkap. Aku pun dengan sendunya, buat apa yang dia suruh.

“ Nah tisu.. Awak nampak macam nak nangis or memang tengah nangis masa saya follow awak dekat memory lane tadi”
What do you want?”
You!”
Stop being silly!”
“ I can’t when I’m with you”
“ Sudah la, saya dah lambat nak ambil mama!”
Give me your phone then.. Hurry up girl!”
“ Motif awak nak phone saya?"
" Cepat la, awak dah lambat nak ambil bakal mak mertua saya kan.. Bagi sini cepat!"
“ Awak nak buat apa?” sambil tangan hulurkan phone aku pada dia. Dia sepertinya macam tengah nak men-dial sesuatu and aku terdengar bunyi phone dia berdering.
There, I've got your number and u got mine. I’m sorry kalau awak rasa saya permainkan perasaan awak and saya buat bodoh je tadi. The fact that when you said today is the last day you will be here makes me sad and I wish to have one more day just to see you
Ohhhh Oookkaayyy.. I’ve got what you said, then what do you want from me?”
I would like to meet you again after we get our exam done. I know our examination will be held through out this week and I want to see you the day after that. Would you consider to going out with me?”
I dd.. I would love to… see you again”

….

Notakaki:
1- Written by DiaPerpalsapah
2- This short stories is protected under Malaysia Copyright Act 1987
3- Campur-ation language
4- Grammar berterabur