Thursday 11 June 2015

4 Hari 3 Malam dari Kota Kinabalu ke Ranau- Part 2

Assalammualaikum w.b.t

4/6/2015

Malam tadi aku tido pukul 12 a.m sebab dah terbiasa tapi di Sabah, pukul 12 sunyi dia macam pukul 3 pagi. Subuh pukul 4.30 a.m wey, kalau kat semenanjung aku bangun subuh pukul 6.30 a.m kat sini matahari dah naik macam pukul 8 pagi. Kaum2 ibu dah terpekik terlolong kejut bangun sebab pukul 8 a.m tu kami akan bertolak ke Kundasang. Memandangkan cousins aku yang lain ada komitmen kerjaya, hanya abang Iju saja yang turut dalam makan angin kali ni. Tunggu punya tunggu, dari pukul 7 pagi sampai pukul 9 pagi batang hidung dia pun aku tak nampak. Rupanya, dia tunggu kawan dia a.k.a pemandu arah tapi orang tu tak datang pun akhirnya, kembali la si Iju keseorangan. Sebab mak aku jenis cerewet, kami bertolak dulu ke Pantai Likas tinggalkan Iju. Then 30 minit kemudia, Iju pun sampai dengan kereta racing, wira merah-hitam. Aku, cik wee dan Naqib menjadi penumpang terhormat dia. Yang lain naik kereta sewa Avanza. Sepanjang perjalanan tu aku tak lelapkan mata pun sebab nak tengok suasan flora dan fauna juga pembangunan sekitar. Laju jugak si jejaka berusia 26 tahun ni bawa kereta menuju ke banjaran!


Google's courtesy


Perjalanan ke Poring yang merentasi, Silau, Kundasang dan Ranau mengambil masa 2 jam. Memang jalan dia berliku macam nak naik Cameron Highland tapi tak selekoh dia tak setajam jalan Cameron tu dan lorong dia besar la jugak. Kami berhenti berehat di Kinabalu Park dengan bayaran rm3 satu kepala. Dalam tu ada Rafflesia tapi kitorang tak masuk lebih ke dalam sebab kejar masa. Semua orang mengisi perut masing dengan leftover-heated nasi ayam malam tadi. Aku tak makan sebab sibuk cari toilet dan air dia sejuk!


google's courtesy

Kami meneruskan perjalan ke Poring yang terletak dihujung merentasi Kundasang dan Ranau. Kaum ibu2 kalau dah nampak sayur-sayur segar, bunga dan buah-buahan tepi jalan tu sibuk suruh pull over. Membeli- belah la masing2 dengan segala macam buah dan kerepek. Aku tertarik dengan satu buah namanya Lemak Manis. Rasanya macam avokado tapi warnanya kuning nangka dan rasanya manis2 kelat. Kami berhenti solat di Masjid.

Di Poring, kami masuk ke Hot Spring dengan bayaran masuk RM 3. Kawasan mata air tu jauh sikit ke dalam hutan dan kena jalan kaki tapi kemudahan semua lengkap. Laluan pun cantik dan ada jambatan merentasi air sungai. Baba dan Pak We tak masuk sebab Pak We tak boleh jalan jauh sebab dia strok separa badan tapi dia gigih jugak layan kerenah aku nak ke sini. Mama cakap kitorang pernah ke sini 18 tahun lalu. Aku hanya ingat aku pernah mandi kolam air panas and abang aku pernah rebus telur ayam tapi I can't remember where. Baba cakap kawasan ni dah banyak berubah.



Next stop, kami ke Desa Cattle (Sabah) Sdn Bhd. Tempat ni merupakan kawasan penternakan Lembu Susu terletak di lembah menghijau yang terbentang luas. Tempat ni kau boleh feeling ala-ala New Zealand gitu. Banyak jugak pelancong locals and foreigners datang dan banyak jugak lembu hitam putih macam iklan Dutch Lady tu. Tempat ni ada beberapa aktiviti antaranya memerah susu dan beberapa lagi tapi itu saja yang aku ingat. Bayaran masuk dengan berkereta RM 5 per head. Nak beraktiviti ada bayaran lain dikenakan. Disebabkan kami datang pukul 4 so tak boleh beraktiviti sangat sebab dia tutup pukul 4.30. Lepas shopping susu plain and chocolate, kami bertolak balik ke KK. Supposely nak singgah ke tempat ikan kecik2 gigit kaki tu tapi tak sempat. 

Google's courtesy


Sepanjang perjalanan balik tu, laluan turun mula di tutupi kabus. Aku apa lagi, jakun sekejap bukak tingkap feeling nak pegang awan. Aku rasa kabus tu memang awan sebab dia moist ada water droplet and sejuk. Tiba pada satu spot ni, aku nampak puncak Gunung Kinabalu donkey ears tu so aku suruh Iju berhenti tepi jalan. Rezeki kitorang sebab Allah buka awan2 yang menutupi puncak tu nak bagi kami tengok. Memang jelas pemandangan tu dan cantik. Subhanaallah!!


My sis courtesy

Aku terlelap seketika sampai ke Silau dan aku cipta satu teori kenapa tempat ni di panggil Silau. Sepanjang perjalan turun, matahari memang sebaris dengan mata kau dan menyilaukan lalu akhirnya tempat ni dapat nama Silau. Selalunya matahari terbenam warna jingga tapi maybe sebab ada kabus tadi so ade la pembiasan- prism-matahari tu jadi warna putih.

Sampai di Kota Belut pukul 7.30 dan Iju bawa kami ke Restoran Steamboat tapi sebab warga emas ndak lalu makan jadi dia bawa kami ke restoran lain. Butterprawn dia perghh.. nyaman! Di sini, kita bulih pilih mau udang kopek atau berkulit. Sampai di homestay, mama suruh Iju bawa Pak Long tidur sini. Alang-alang Iju tidur sini, Naqib minta di bawa jenjalan sekitar KK. Dia pun on saja. Kami berempat, aku, Ala, Naqib dan Iju lepak sekejap di Tanjung Aru pukul 11pm. Pantainya tengah surut dan gelap, hanya diterangi lampu kedai2. Kami buka kasut dan jalan di gigi air sepanjang pantai yang bersih dan jernih sambil makan kacang rebus. 


Habis main pantai, kami ke bandar pula. Time sudah pukul 12am so semua premis perniagaan sudah tutup. Kami round2 lama la jugak, aku nampak ada bangunan mewah dan shopping mall. Kami singgah ke Kampung Air, Api-Api dan last stop di tempat tinjau kat atas bukit berdekatan dengan Padang Merdeka. Nampak la most of the cities at night with neon light. Then balik ke rumah pukul 1 pagi. 

Saturday 6 June 2015

4 Hari 3 Malam Dari Kota Kinabalu ke Ranau- Part 1

Assalammualaikum w.b.t

3/6/2015 

Seminggu yang lepas, aku dapat khabar dari mama yang Mak Long aku dah meninggal. Seingat aku, arwah memang seorang yang menjaga kesihatan dan cergas. Selama 22 tahun aku hidup baru 3 kali aku jumpa arwah. Pak Long sekeluarga memang menetap di Putatan, Sabah dan kami kerabat yang lain memang asal semenanjung. Alang-alang aku tengah cuti seminggu and adik aku tengah cuti sekolah, tetiba mama ajak jenguk keluarga pak long di sana. Kami bertolak pada hari Rabu 3/6/2015 dan balik hari ni, Sabtu 6/6/2015.

First time jumpa keluarga Pak Long masa umur aku 4-5 tahun, 18 tahun yang lalu. Baba, Mama, abang dan aku, turun ke Miri-Labuan- Kota Kinabalu. Apa yang aku ingat kejadian 18 tahun yang lalu ialah, pengalaman menaiki pesawat ringan yang kecik, naik feri/bot di Labuan then aku mabuk laut muntah dalam bekas kotak Popcorn, menginap di rumah Pak Long yang belakang rumahnya adalah laut! Anak perempuan pak long dukung aku dekat belakang semata-mata nak pergi kedai depan rumah yang aku ingat ada banyak balang kaca besar mengandungi apa ntoh then mandi pantai dengan anak pak long yang seramai 8 orang  then kaki aku tertoreh terumbu karang. Auuchhh sakit gila wa cakap sama lu tambah pedih lagi bila kena air masin. Sepanjang aku membesar, ada la jugak anak pak long yang study di semenanjung tinggal dengan keluarga aku walaupun sekejap. Serious, aku ingat-ingat lupa pasal benda ni.

Kami turun ke Sabah bersama 2 keluarga yang lain, Pak We(pak cik ketiga) & Mak We dan Cik Wee(mak cik ke 6) & Naqib. Naik Mas Airline sebab time tu harga nya murah dari Air Asia. Sesampai di KKIA, Kak Yin, Abang Eeit, Kak Yin dan Abang Ipin(anak2 pak long) jemput kitorang dan terus ke rumah Pak Long. Rumah yang aku datang 18 tahun lalu sudah banyak berubah. Dulu tak banyak rumah di sekitarnya tapi sekarang sudah banyak. Dulu belakang rumah tu adalah laut tapi sekarang air dah surut so ade penempatan rumah lain di belakang rumah tu. Sampai je sana, anak pak long yang lain sambut, Abang Iju dan Memo plus Pak Long. Duduk berborak, minum2 then kami solat jemaah di Surau berdekatan then terus ke kubur Mak Long. Nak tahlil di situ tapi cuaca terik sangat sampai ada pokok yang terbakar. Kami terus ke bandar untuk makan tengah hari di Restoran Sri Keningau( restoran kenalan family kami). Mama belanja semua orang, mula2 aku ingat anak pak long ni sombong sebab tidak pernah nak turun semenanjung tapi aku silap menilai. Mula-mula tu janggal la antara kami cousin2 yang tak pernah berjumpa ni tapi lama-lama, bila aku rajin bertanya itu ini, diorang okay saja.

Lepas lunch, Kak yin terus bawa kami ke homestay. Ya Allah, rumah tu cantik tapi lokasi dia betul2 bawah laluan kapal terbang landing kau! Selang 5 minit ade jer kapal atas kepala kau. Kapal Air Asia la paling kuat bunyi nya. Tapi, bukan tugas aku nak jadi jakun tengok kapal terbang landing memanjang! Malam tu kami buat tahlil untuk arwah dekat homestay kitorang je. Most of anak2 pak long ada bersama family kecik masing2. Tak sangka aku, Memo yang muda setahun dari aku dah bertunang, cantik pulak tu tunang dia tu. Wife abang Eeit masak nasi ayam Hainan, wa cakap sama lu memang terbaik, nyaman! Kalah semua nasi ayam hainan yang pernah aku rasa di semenanjung. Antara kami cousins2 memang janggal nak bercakap tapi diorang okay je dengan kaum mak2 bapak2. 

Then tido la apa lagi. Qada' tido sebab flight pagi tadi pukul 6 pagi!