Thursday 26 February 2015

REVIEW: COLO-CLEANSE COSWAY SEMBELIT HILANG

Assalammualaikum,

Hari ni aku nak kongsi kisah aku mengambil colo-cleanse sebagai 'supplement'. Aku ingatkan sekali lagi, ubat herba ini bukan untuk kurus dengan cara melawas. Tapi ubat herba ini aku ambil sebab aku susah nak membuang. Kenapa susah nak membuang? Mungkin kolon aku kotor dan aku 'dehydrated' kurang minum air. 


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic.
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon


Sebab-musabab kena amik ORIYEN COLO-CLEANSE COSWAY:

Oriyen Colo-Cleanse adalah herba yang membersihkan kolon anda dan mengurangkan penyerapan kembali toksin-toksin dari sistem perkumuhan, melegakan sembelit, kembung perut dan menggalakkan pembuangan air besar. Ia melembut dan menbuang sisa terkumpul yang mengeras di dalam usus I

20307843
Oriyen Colo-Cleanse
(30 Capsules)

Kandungan dalam ORIYEN COLO-CLEANSE:
Aloe vera, apricot seed, Chinese foxglove, Chinese skullcap, dong quai, liquorice root, peach seed and rhubarb.

Aku ambil 2 biji sebelum tidur dan minum banyak air. 
Hari pertama, tak ada sakit perut rasa nak membuang di tengah malam tapi bangun dari tidur terus cari toilet. Pagi tu dekat office, ade la 3 kali aku membuang tapi bukan cirit ok. 

Masuk hari kedua, 'on the way' ke office, perut aku memulas tahap kau ciritbirit. Aku tak dapat nak tahan terus cari petrol pam. Amik kau, siap ketuk pintu suruh pengguna pertama cepat sikit. Ya aku cirit plus pedas sebab semalam aku balun bubur sup ayam dengan sambal 3 sudu, burger daging cheese dengan kentang dan dinner sikit asal amik hati mak aku masak makan malam.

Hari ketiga dan keempat, aku amik sebiji jer sebab tahi aku dah lembut senang nak membuang. Tapi masalah aku ni, bila sering sangat ke tandas, rectum aku senang luka so bleeding la jadi nya. Tambah lagi makan pedas amikkau kalah darah period.

Minggu kedua, kadang-kadang amik sebab rectum aku masih berdarah dan aku period. Takut pulak nanti aku low platelet sebab darah keluar depan belakang*sila baca dengan sopan* 

Secara konklusi, herba ini telah berjaya mengatasi masalah sembelit aku.

P/s: check part ingrediant, aku highlight merah dong quai. In syaa Allah next post aku cerita pasal herba ni pulak! Herba yang sangat baik untuk wanita.







No comments:

Post a Comment