Showing posts with label jerawat. Show all posts
Showing posts with label jerawat. Show all posts

Saturday, 25 April 2015

Midterm Break Yang Busy

Assalammualaikum w.b.t

Apa yang 'busy' sangat ni? Nak cerita ni ha.. sepatutnya, aku buat revision, siapkan research bagai sem-break ni tapi dari hari jumaat last week aku sampai rumah sampai la sabtu hari ni, aku tak sempat capai buku pun. Dah la naik cuti ni midterm test week.

Apa je yang aku sibukkan ni sebenarnya? Actually, dalam minggu ni aku ada banyak appointments. Antaranya, appointment dengan Dermatologist, Gynaecologist, Perawat dari Darul Syifa', Tukang urut tradisional n SHOPPING.

Firstly, aku ada masalah dalaman. Yeah, setiap bulan seorang wanita akan datang bulan tapi tidak bagi aku. Sejak masuk semester baru, perioad aku tak datang dan muka aku naik jerawat. So aku pergi check Gynaecologist. Doctor scan perut aku cam ibu mengandung check baby dalam iklan Susu tu ha. Dia ada la tanya berat aku ade naik secara mendadak ke? Aku ni teramat stress ke? Supplement ape aku makan? Ada sakit2 ke kalau period? Semua jawapan aku adalah TIDAK! Pengakhirannya, aku dapat la ubat Norculat. Total semua RM75.

Lepas jumpa Gynaecologist, aku gi berurut plus ruqyah. Mak cik tu sangat peramah dan baik. Dekat seksyen 17 tu je ha. Tak rasa sakit pun bila dia urut. Selesa sampai tertidur kau. Tau2 je dah 3 jam dia urut. By the way, aku nak buat urutan sengkak tapi mak cik tu cakap peranakan aku bukannye jatuh pun. Jadi dia urut satu badan sampai ke kepala dan diruqyah kan. Mak cik tu la Perawat Darul Syifa' nye. So rawatan aku jadi 2 in 1. Aku hulur je RM100 sebab xtau nak bagi berapa.

Akhir sekali aku jumpa Dermatologist kat DEMC. Sebab, mama dan adik aku dah lama kenal doctor tu jadi aku pun selesa dengan dia walaupun first time jumpa. Tapi tu la setakat suruh aku toleh kanan kiri tunjuk pipi pastu tunjuk lengan, kaki, kulit dada dan belakang badan then cerita camne jerawat terjadi. Terus dia diagnos aku aku eczema and acne. Ubat dia bagi, sabun cetaphil, antibiotic Doxycline, Epiduo (Benzyl Paroxide), Eumovate. Pastu congak sana sini kena la RM250. Aku hantar kucing aku kene kurap and fungus tu gi Veterinarian dengan charge RM200 lagi berbaloi sebab vet tu siap amik sample kulit kucing aku skodeng bawah microscope pastu suluh badan diorang guna ultraviolet ray pastu inject ubat kurap, bubuh ubat kutu bagi Omega oil n Antibiotic segala. Vet tu sanggup pegang kurap beza ngan Dermatologist aku yang xnak sentuh kulit aku yang berjerawat bereczema katenya. Huihhhh.. Rapport tu kurang la.. Aku lagi confident dengan Vet kucing aku.

Overall, semua rawatan yang telah aku terima OK. Lepas ni, bagi sesiapa yang ada masalah kulit berjerawat tu, aku sarankan beli cetaphil dan Oxy benzyl peroxide tu sebagai alternative ubat dermatologist aku bagi ni. Harga kat pharmacy lagi murah dari hospital bagi. Kalau ada eczema tu, jangan la bagai Pelembut/Pewangi pakaian cam Downy dll. Ia akan trigger eczema korang. Aku sarankan pakai sabun unscented and moisturizing like Dove. Kalau boleh mandi la dengan Pine Tar solution untuk kurangkan eczema. Pakai la baju cotton dan stay in cool place.

Wednesday, 18 February 2015

Kesihatan: Perut Sihat Otak Cergas

Assalammualaikum,

Baru tergerak hati nak menulis kembali hari ini. Almaklumlah, sibuk ber'intership' dan bakal memegang skroll ijazah sarjana In Syaa Allah. Berada dalam tahun akhir bergelar pelajar universiti ni memang banyak dugaan, ada naik turunnya, pasang surutnya, dan gelombang geloranya. Ha! Memandai aku putar itu ayat.. Jujur aku memang tidak 'workout' sekerap tahun-tahun lalu tapi aku 'cut down' itu makanan yang berlemak. Sepanjang tempoh 'busy like a bee' tu, aku hanya makan nasi separuh, ikan dan sup sayur. Time tengah 'craving' aku belanja la lebih beli salad, mayo, cheese, roti dan tuna kemudian 'toast' kan mereka dan mammmm!! Selain tu kalau 'dinner pulak seminggu sekali aku pekene TomYum Cendawan dari Kedai Fitdau kat Rasah tu. Perghh kuah dia pedas, sedap, pekat, melekat tahap maha-siswa kawww kawwww!! Tu la salah satu 'port' bebudak UiTM Seremban. Dah kenapa aku cerita pasal makanan pulak ni?

Ok, berbalik kepada landasan semula. Bermula je 'first day of internship' muka aku dah naik bintik nakal aka jerawat bukan nak merawat! Kebetulan aku 'start' pakai SKII (pencuci+essance). Kulit tu memang makin lembut tapi dah nak masuk sebulan aku pakai muka aku tak secantik 'crystal clear' macam dalam iklan pun? Cis!!! Kebetulan yang kedua, sejak balik rumah cuti sem, aku dah kurang minum air dan makan. Kalau dulu dekat U, 3 liter aku mampu habiskan tapi naik cuti tapi masuk 'intern' ni sebotol kecik jer mampu aku telan. Kebetulan yang ketiga, Mama sejak nak pencen ni makin jarang masak, nak2 bila dia dan baba pergi cuti rehat ke Turki, memang tidak berasap la dapur tu. Aku dengan hilang nafsu makan memang tak masuk dapur, lebih utamakan tidur dari makan. Penat kerja, heavy-traffic lagi eerggghhh!! So apa jadi dengan muka aku ni? Jerawat itu tumbuh dengan subur, lalu kering dan meninggalkan bekas. Kurang ajar, aku punya la baik dengan dia tak usik pun tapi dia tinggalkan bekas pulak. Tempat tebaik pulak tu dia 'mark'. Dekat dagu dan pipi aku ni ha! Aku tau la aku hitam manis dan tembam, jangan la buat aku makin 'hodoh' naik sem ni..

Hakikat sebenar disebalik kejadian ini mungkin salah aku sendiri. Pertama, kurang minum air. Kedua, kurang makan, kurang la zat dan serat. Ketiga, kurang buang air 'no. 2'. Rasanya dengan tidak bersenam ditambah lagi dengan amalan diet yang tak sihat, bertoksik la badan aku ni. Tu la sebab walaupun jarang makan tapi berat aku susah turun *angguk-angguk sendiri tanda setuju*.

Jadi apa penyelesaian yang aku ambil?
Pertama- minum air paling kurang 3 liter.
Kedua-makan banyak serat
Ketiga-makan Colo-cleanse dari Cosway
Keempat-banyakkan berjalan
Colo cleanse Cosway