Saturday, 18 May 2013

Mengapa Saya Kurang Membaca? #edisi Novel Melayu

Hi dan Assalammualaikum semua,

Saya yakin rata-rata pembaca semua memang suka membaca dan ianya merupakan satu hobi yang bermanfaat. Sesetengah orang suka akan buku-buku ilmiah, novel, majalah mahupun helaian akhbar. Berbalik kepada topik saya di atas, mengapa saya tidak suka membaca? Saya akan mengecilkan skop saya kepada pembacaan novel melayu. Persoalannya di sini, mengapa saya tidak suka membaca novel melayu?

Sebelum itu, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun sekira pendapat saya ini mengguris mana-mana penulis. Niat di hati bukan unutk mencabar kredibiliti penulisan orang lain. Saya tahu bidang penulisan bukan satu bidang yang remeh tetapi ianya satu bidang yang sangat mencabar kerana dari penulisan lah orang ramai diisi dadanya dengan ilmu dan informasi. Saya yakin, bukan semua pengarang mempunyai 'style' penulisan seperti yang saya gembar-gemburkan di bawah. Maaf sekali lagi saya ucapkan.

Berbalik kepada topik asal, ada beberapa sebab mengapa saya tidak gemar akan novel melayu:

1- Terlampau berimaginasi. Contohnya, sikit2 nak cerita pasal anak orang kaya, anak billionaire, anak datuk/tan sri/wakil rakyat. Si heroine bertemu dengan hero yang ala2 prince charming. Memang syok habis melayan plot2 romantik, 'sweet' dan owww ini. Tetapi, mungkinkah mereka ini bergaul dengan orang kebanyakan? Kalau ini satu kebetulan, mungkin kebarangkaliannya 1:1000000. Macam terbang ke dunia khayalan pulak.

2- Realistik ke? Contohnya, asal anak orang kaya jer nak kaitkan dengan arak, seks, perbuatan yang sembrono tetapi adakah benar anak2 orang kaya di luar sana berperangai  seperti ini? Saya yakin ada segelintir yang baik kehidupan peribadinya. Agama masih menjadi pegangan. Contoh lain, perempua akan jadi orang miskin/biasa saja, tak pun dipaksa menjadi kupu2 malam.

3- Rogol dan terlanjur sudah menjadi norma? Kalau nak kahwin dengan anak orang kaya mesti terlanjur dulu agaknya. Idea2 yang kurang elok ini mampu mempengaruhi si pembaca terutamanya mereka yang baru hendak mengenal dunia seperti puteri-puteri sekolah menengah. Fikiran mereka baru nak mengembang. Jangan la kita membantu mereka menuju ke arah yang tidak elok.

Maksud saya di sini bukan lah penulis-penulis di luar sana harus menulis pasal agama, budi pekerti atau apa2 yang seumpama dengannya. Tetapi hasilkan lah penulisan yang mampu mengembangkan minda dan skop fikiran si pembaca. Mungkin ada yang merasa saya cuba menidakkan kebenaran realiti kehidupan, seperti kes pencabulan, arak sudah menjadi minuman harian, duit/pangkat/darjat punca manusia menjadi bongkak. Ya, saya akui memang semua ini terjadi dalam kehidupan tetapi jangan jadikan novel, medium bacaan yang paling dekat dengan seorang individu menjadi saluran untuk pembaca tahu mengenai semua input ini. Terlampau banyak kisah dongeng mampu membantutkan pemikiran.

Itu sahaja dari saya, terima kasih..

2 comments:

  1. Try reading Hlovate's novels. You wont regret it. Insha Allah. ^_^

    ReplyDelete
  2. That kind of novel what i'm looking forward. It;s not kinda fairytale.. Aa+Bb

    ReplyDelete