Friday, 3 May 2013

Super Jimat DIY beauty: Susu tepung dan Kulit Berseri

Hi and Asslammualaikum,

Kita semua sedia maklum yang Cleopatra*sape xtau g google* terkenal dengan kecantikan kulitnya. Rahsia beliau adalah berendam di dalam mandian susu segar setiap pagi. Susu mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penanggal kulit mati hingga ke lapisan kulit yang paling dalam semasa kita mencuci muka dengannya.

Sebelum ini, saya memang tidak faham langsung apa hubung kait susu dan kecantikan sehinggalah saya mencuci muka dengan Milk cleasing*saya guna Cosme Decorte dan saya dapati wajah saya mejadi lembut selepas menggunakannya. Saya juga dapati yang kulit saya semakin berseri dan liang2 pori yang besar semakin mengecil.

Oleh kerana prihatin dengan semua wanita di Malaysia, saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mendapatkan wajah berseri dengan susu. Anda hanya perlukan susu tepung dan air suam. Ya, hanya dua bahan ini sahaja. Saya guna susu tepung Nestle Omega plus sebab alang2 dah minum susu tu, guna jer la buat mask. Guna la apa2 jenis susu tepung, even susu tepung anak/adik pun OK!




credit to google


Cara:
1- ambil satu sudu kecil susu tepung dan campurkan dengan beberapa titisan air suam. Jadikan ia sebagai paste.
2- sapukan keseluruh wajah dan biarkan selama 15-20 minit.
3- tanggalkan mask dengan tuala lembab dan bilas wajah dengan air sejuk.

Selamat mencuba

No comments:

Post a Comment