Showing posts with label Cantik. Show all posts
Showing posts with label Cantik. Show all posts

Thursday, 27 February 2014

Super Jimat DIY Beauty : Whitening Scrub with Orange Peels* Rahsia Artis Korea



Assalammualaikum to uolls my readers,





Ok, berapa ramai di luar sana yang rajin 'scrub' muka? Penting ke nak scrub muka ni? Ya, memang penting. Kalau uolls dah tahu, meng-'scrub' muka ni adalah cara untuk menanggalkan daki, kotoran, minyak, makeup yang tersumbat dekat liang roma we-olls ni. Tapi bukan buat tiap-tiap hari ya. Buat 3-4 kali seminggu cukup la itupun buat time mandi before tidur tu. Ya la kalau buat time mandi pagi tu 'ketat' la muka uolls nanti sebab kekeringan. Dah la nanti uolls tu ber-'aircond' pastu berpanas lagi, tu yang buat muka uolls pedih time berpeluh.

So iolls nak bagi satu resepi terbaru untuk mengekalkan kulit yang lembab dan putih dari hari ke hari.
Hanya memerlukan kulit orange. Kalau uolls dah tahu, orange mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi. So, bila kita makan orange, jangan la buang kulitnya. Uolls boleh keringkan kulitnya dan kisar halus jadikan scrub muka.

Bahan kedua yang uolls perlukan adalah gula. Biji-biji gula tu membantu dalam proses menyental kotoran. Dan ia mampu mengekalkan kelembapan kulit. Gula yang terbaik dalam resepi ni adalah gula hitam ataupun uolls boleh pakai gula melaka. Tekstur yang halus tidak akan mencederakan kulit muka uolls tu.


Resepi 'scrub' muka:
1 biji orange
1 sudu gula
air

1- kupas dan keringkan kulit orange ditempat yang panas.
2- kisar halus kulit orange tersebut.
3- campurkan gula, serbuk orange dan air sehingga menjadi 'paste'.
4- 'scrub' sedia untuk digunakan.


Kalau uolls malas nak scrub muka, rajin-rajinkan lah diri untuk pakai mask.

Resepi untuk 'musker' muka:
1 sudu madu
1 sudu yogurt
2 sudu serbuk orange

1-campurkan kesemua bahan dan jadikan 'paste'.
2- pakai selama 15-30 minit dan bilas dengan air suam dan bilas dengan air ais.






Monday, 7 May 2012

Cabaran Diet Ketat 3 Minggu

“Amaran, kalau jadi apa2 tanggung sendiri”

Assalammualaikum and Hi readers,
Sudah masuk bulan Mei dan tetiba jer list of azam tahun 2012 menerjah dalam ingatan. Anda pasti sedang teringatkan list azam anda kan..kan?? Hehehe
I would like to share one of my azam dengan anda semua. Azam saya ialah nak KURUS!
Kalau anda nak tahu, 2 perkara yang sensitif bagi wanita dan tolong jangan tanya kat KAMI ea; Berat dan Umur
Wanita amat mementingkan kesihatan diri tidak kira la mereka yang bersaiz S hinggalah yang bersaiz XXL.
Oleh sebab itu KAMI sanggup melakukan apa saja untuk KURUS.  Terdapat banyak teknik dan suplemen yang boleh diguna-pakai tetapi sejauh mana keberkesanannya terhadap diri ANDA itu yang penting.
Saya baru sahaja terbaca satu artikal ni, “Hilang 10kg dalam masa 3 minggu”  *Wow, gila apa boleh turun sebanyak tu dalam masa yang singkat.
Jadi, saya pun terfikir “Why not I’m practice this crunch diet?” dan tunjukkan pada anda kesannya*hello, I need to boost myself in order to get fit OK
Memandangkan anda tak kenal saya dan saya pun tak kenal anda jadi tanpa segan silunya saya mengumumkan berat dan tinggi saya.
Gender : Female
Height : 159cm
Weight : 65 kg
BMI : obese
Saya dengan rasa rendah dirinya ingin menjadikan diri saya sebagai bahan eksperimen untuk anda semua.
Bermula 7 Mei 2012-21 Mei 2012.
Breakfast: 3 Biji telur rebus
Lunch : Ayam panggang + ceaser salad
Dinner : Buah-buahan*jangan melantak durian sudah!
To be continued...