Tuesday 26 July 2016

Cerita Kahwin2 Lagi?

Assalammualaikum and Hi people!

How is your life? Good, alhamdulillah. Mine, just the same though. Kali ini, aku nak berkongsi secebis episod dalam kehidupan aku. Baru-baru ini, Siti Athirah Mohd Nasir, seorang teman rapat aku dari kecil merangkap sebagai sepupu aku melangsungkan perkahwinan beliau. Kami memang sangat rapat dan aku ada menyediakan satu teks confession khas untuk dia. Aku tak tahu mana datang keberanian dan segan silu nak buat confession depan ratusan tetamu undangan tapi yang pasti aku menggigil masa buat perangai tu. 



Buat masa ni, sudah beberapa kawan aku yang melangsungkan perkahwinan. Aku happy dan meraikan keputusan mereka untuk memulakan hidup baru sebagai seorang isteri. Membuat keputusan untuk berkahwin bukanlah satu keputusan yang mudah dan aku percaya, mereka memerlukan kekuatan dan sokongan dari pelbagai sudut termasuklah yang Maha Esa. Persiapan dari segi mental dan fizikal juga diperlukan.

Nak dijadikan cerita, tahun 2016 dan 2017 merupa tahun kemuncak di mana kebanyakan sepupu aku akan melangkah ke dunia perkahwinan. Tidak dinafikan, duduk dalam majlis sebegini, ramai yang menanyakan bilakan giliran aku? Jawapannya In syaa Allah kalau jodoh sudah sampai. Jujur aku katakan, aku belum bertemu jodoh, aku tak bersedia dan aku tak sekuat mereka. Dengan pelbagai masalah dalaman dan emosi, aku merasakan yang diri aku tidak layak untuk sesiapa. Aku belum cukup rapat dengan Maha Pencipta, bagaimana pula aku boleh terfikir untuk rapat dengan orang. Terngiang-ngiang pesanan dari salah seorang mak cik aku bila aku diajukan soal jodoh;

“ Kita ni kena percaya Qada’ dan Qadar. Awak kena mula berdoa agar dijodohkan dengan pasangan yang baik, beriman, berharta, berbudi dan yang penting mampu bimbing awak ke jalan Allah. Selain doa, awak kena la berusaha agar jodoh tu datang dekat; persiapkan diri. Contohnya, jadi diri awak cuma jadi yang lebih baik dan terbaik. Serikan diri dan manjakan diri. Lama-lama awak sendiri suka dengan perubahan yang berlaku. Tak perlu nak rasa rendah diri sangat.”

Mak Ani, nama panggilan untuknya. Bagaikan tahu yang aku memang berperang dengan perasaan aku sendiri. Buat la macam mana pun, aku tetap yang paling selekeh dalam kalangan sepupuku yang lain. Dah cuba yang terbaik namun aku tetap kelihatan hodoh. Ya, walaupun aku boleh membangkitkan semangat orang lain tapi hakikatnya tiada siapa yang mendengar luahan aku. Hanya padaNya aku bercerita dan the truth is written but never been said.

1 comment:

  1. Did you hear there's a 12 word phrase you can speak to your partner... that will induce deep emotions of love and instinctual appeal for you deep inside his heart?

    That's because deep inside these 12 words is a "secret signal" that fuels a man's instinct to love, cherish and care for you with his entire heart...

    ====> 12 Words That Trigger A Man's Love Impulse

    This instinct is so built-in to a man's brain that it will drive him to try harder than ever before to to be the best lover he can be.

    In fact, triggering this dominant instinct is absolutely mandatory to having the best possible relationship with your man that once you send your man a "Secret Signal"...

    ...You'll soon find him expose his mind and soul to you in such a way he haven't experienced before and he'll perceive you as the only woman in the universe who has ever truly understood him.

    ReplyDelete