Saturday 14 November 2015

My Every First : #No 1 Unggun Api

Assalammualaikum dear readers,

I am pretty sure there would always first time in everything. So I would like to dedicate my every first time story with you guys. My stories might be unnecessarily written periodically. I'll just write anything that came across in my head. Some might be hilarious, boring, lame, ordinary and perfect. Perhaps, I should write in Bahasa Melayu though.


Unggun Api Pertama




Dulu masa tingkatan 3, aku pernah turut serta dalam kem kepimpinan badan beruniform. Ceh!! Aku joined bukan sebab aku ade pangkat dalam PBSM tapi sebab aku pengerusi kelab Seni Lukis. Aku tak ingat tempat tu di mana tapi yang pasti tempat tu ada dataran kawad yang besar dikelilingi hutan, ada sungai, tempat pacak khemah serta monkey tent dan ade flying fox. Aku memang cepat adapt dengan surrounding so tak kesan sangat dengan aktiviti lasak cumanya, aku paling tak suka kalau kena berkawad. Terik mentari aku boleh tahan tapi aku lemah bab koordinasi. Aku memang tak ingat steps. Ajar la aku perlahan mana pun, dari A ke  Z tapi bila masuk tang Z then aku akan lupa step A-Y.

Aku paling suka satu aktiviti yang dipanggil 'survival skills'. Part nak makan apa dalam hutan memang tarik perhatian aku. Lepas dipecahkan mengikut kumpulan, kami diajar macam mana nak pancing ikan, siang ikan dan masak ikan. Sebelum itu, unggun api haruslah didirikan terlebih dahulu. Aku ditugaskan untuk buat unggun api tersebut which is my first time kot. So ditakdirkan harus  mencari ranting-ranting kayu dan daun kering. Aku tahu rupa ranting kayu, batang kayu dan batang balak. Tetapi aku tak tahu rupa rumah semut dalam batang kayu! Aku dengan gigihnya kutip semua ranting yang aku jumpa, tebas sana tebas sini sehinggalah aku tertebas rumah semut dalam batang kayu. 


At first, aku tak nampak makhluk kecil tu tapi once aku dah letak atas tanah, selang 5 minit, group jiran-jiran dah mula ketepek sana ketepek sini garu sini garu sana. Rupa-rupanya kena gigit semut yang keluar dari batang kayu aku. Situasi menjadi agak kecoh di situ dan masing-masing sibuk maki "eh nate, mano pulok mari nyo? Tadi dok nampak sekor pun" " alamak, banyak semut la kat sini! Habis naik satu badan" "Mana datang semut-semut ni, Ya Allah!!" "Arrghhhhhh". Aku ketawa dalam hati jer  sebab nak cover perbuatan keji aku. Sapa nak ngaku wey kalau ko punca bala menimpa. 




Yippy.. Unggun api aku menjadi dengan sekali zapppp percikan api ditambah pula bahan kering yang asli dan organik. Aku memang tak kan bunuh serangga or binatang so aku tolak tepi batang kayu a.k.a rumah semut tu. Tetapi, teammate aku yang campak kayu tu dalam unggun. So even semut-semut tu mati terbakar tapi bukan aku yang bakar. By the way, aku tak lalu makan ikan yang dipancing tadi so aku bagi portion aku pada orang. Diorang sangat menikmati kesedapannya sebab diorang tak cukup makan. Khemah aku penuh makanan macam kedai sebab aku dengan Syikin sangat bijak orangnye. Khemah yang sepatutnya berenam, hanya tinggal kami berdua sahaja. Jadinya, khemah kami agak luas, sejuk, selesa dan bersih.


Nota kaki: pengalam unggun api pertama aku- selesai

No comments:

Post a Comment